BAHASA AUSTRONESIA DI PULAU TAIWAN: KUMPULAI ESEI TENTANG SUKU DAN BAHASA FORMOSA “DATARAN”
Butiran
Pengarang | : Paul Jen-Kuei Li Penterjemah & Penyusun: Chong Shin |
Penerbit | : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Tahun | : 2012 |
Jumlah Halaman | : |
Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Salah satu masalah yang dihadapi pelajar dan penyelidik bidang dialektologi bahasa Austronesia ialah kesukaran memperoleh bahan-bahan rujukan tentang Formosa, iaitu bahasa Austronesia yang dituturkan di Pulau Taiwan. Masalah ini wujud kerana kebanyakan karya-karya ini diterbitkan dalam bahasa mandarin dan dalam jurnal-jurnal yang tidak luas persebaranya. Untuk membolehkan khazanah ilmu bahasa Formosa didedahkan kepada lebih ramai pembaca, maka dihasilkan buku terjemahan ini dalam bahasa Melayu. Dalam buku ini, dimuatkan lima bab yang khusus membicarakan bahasa-bahasa Formosa “dataran” di Pulau Taiwan yang terancam pupus. Karya-karya ini ditulis dari tulisan Prof. Dr. Paul Jen-Kuei Li yang telah diterbitkan dalam Selected Papers of Formosan Language (Jilid 1 & Jilid II), Language and Linguistics Monograph Series C-3 oleh Academia Sinica. Secara Keseluruhannya, buku ini berupaya memberi gambaran yang jelas tentang bahasa Formosan dari segi daerah persebaran, klasifikasi suku, ciri-ciri fonologi dan aspek linguistik komparatif. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan tambahan kepada peneliti-peneliti bahasa Formosa.
ISBN: 978-983-2457-44-2