Best Sellers
Our Best Sellers Books :
Tajuk: Do you know autism?
Harga: RM20
Bil. Halaman: 71 (hitam putih)
Sinopsis: Buku dwibahasa ini mengandungi kisah mengenai pengalaman yang dilalui oleh ibu bapa di Malaysia dalam mendapatkan perkhidmatan pendidikan dan sokongan untuk anak mereka yang mengalami autisme. Terdapat juga ibu bapa yang menceritakan mengenai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh mereka dalam membesarkan anak istimewa ini. Disamping itu, penulis turut menyenaraikan 20 fakta menarik mengenai autisme.
Tajuk: Siri Pendidikan Autisme: Pengajaran Berstruktur
Harga: RM40 (berwarna)
Bil. Halaman: 85
Sinopsis: Buku ini menerangkan mengenai implementasi kaedah Pengajaran Berstruktur dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang mengalami autisme. Buku ini turut menerangkan cara-cara penyediaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian berdasarkan tahap kebolehan pelajar. Dengan adanya panduan penyediaan bahan bantu mengajar ini, ibu bapa dan guru-guru dapat menyediakan sendiri bahan-bahan bantu mengajar ini dan mempelbagaikannya berdasarkan kreativiti dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai.
Tajuk: Siri Pendidikan Autisme: Fail Tugasan Pengajaran Berstruktur
Harga: RM35 (berwarna)
Bil. Halaman: 114
Sinopsis: Buku ini merupakan buku kedua yang ditulis oleh kumpulan penyelidikan ini mengenai kaedah Pengajaran Berstruktur. Buku pertama adalah pengenalan kepada Pengajaran Berstruktur. Manakala buku kedua ini memfokus kepada cara-cara bagi menyediakan Fail Tugasan yang digunakan dalam kaedah Pengajaran Berstruktur. Di dalam buku ini terdapat 90 buah contoh fail tugasan yang boleh disediakan oleh guru untuk mengajar murid mereka.
Tajuk: Siri Pendidikan Autisme: Modul Menulis
Harga: RM25
Bil. Halaman: 229 (hitam putih)
Sinopsis: Modul ini mengandungi lembaran aktiviti-aktiviti asas bagi mengajar kanak-kanak menulis. Bagi memudahkan ibu bapa dan para guru memilih lembaran kerja yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak, penulis telah menyertakan objektif pembelajaran bagi setiap unit dan menerangkan bagaimana aktiviti tersebut dijalankan.
Tajuk: Siri Pendidikan Autisme: Modul Numerasi
Harga: RM25
Bil. Halaman: 240 (hitam putih)
Sinopsis: Modul ini merupakan modul pengenalan kepada matematik. Modul ini mengandungi lembaran aktiviti-aktiviti asas bagi mengajar kanak-kanak mengenai nombor. Bagi memudahkan ibu bapa dan para guru memilih lembaran kerja yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak, penulis telah menyertakan objektif pembelajaran bagi setiap unit dan menerangkan bagaimana aktiviti tersebut dijalankan.
Method of payment: