Objectives

Matlamat Program Light Up Autism ialah:

  •  Mengumpul dana untuk pengoperasian Makmal Pembelajaran Autisme UKM di Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
  •   Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak autistik dengan lebih dekat
  •    Memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa dalam membentuk sebuah organisasi dan merancang gerak kerja program dengan efisien
  •    Menanamkan semangat kerjasama, semangat berpasukan dan saling mempercayai antara satu sama lain
  •    Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif  sepanjang pelaksanaan program ini
  •    Melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan dan bertanggungjawab
  •    Menerapkan ilmu-ilmu keusahawanan dalam diri setiap mahasiswa
  •    Melatih mahasiswa supaya lebih peka dengan situasi semasa di sekeliling mereka
  •   Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan masyarakat serta mahasiswa
  •  Untuk memenuhi setiap lapan aspek hasil pembelajaran yang telah digariskan untuk semua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia