Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Kursus Bahasa Inggeris

Senarai Kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan pada sesi 2017-2018

Peraturan Umum Pengambilan Kursus Bahasa Inggeris

  1. Pelajar pengambilan Sesi 2017-2018 WAJIB mengambil 5 jam kredit kursus Bahasa Inggeris sepanjang  pengajian untuk bergraduat (Rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris).
  2. Pelajar yang belum mengambil MUET tidak dibenarkan mendaftar kursus Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pelajar yang mempunyai kelulusan IELTS, TOEFL atau sijil kelulusan yang lain boleh mendaftar kursus Bahasa Inggeris dengan mengemukakan bukti kelulusan kepada Penyelaras Kursus Bahasa Inggeris Pusat Citra Universiti.
  3. Pelajar-pelajar lulusan Asasi Pintar, Diploma atau Diploma IB boleh memohonpengecualian kursus LMCE1002 dan LMCE1012/1022 melalui Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dengan mengisi Borang Pemindahan Kredit Secara Menegak. Pelajar perlu mendapat pengesahan pengecualian dari BPA terlebih dahulu dan HANYA boleh mendaftar kursus Bahasa Inggeris pada Semester II. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut wajib ambil dan lulus kursus yang ditawarkan pada Tahun 2 dan Tahun 3/4.
  4. Pelajar Program Kejururawatan (FPER) wajib ambil dan lulus LMCE1012, diikuti oleh LMCE2042 dan LMCE3031.
  5. Pelajar Fakulti Undang-Undang (FUU) wajib ambil dan lulus LMCE1032, diikuti oleh LMCE3041 dan LMCE2022.
  6. Pelajar wajib ambil dan lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan sebelum mendaftar kursus Bahasa Inggeris yang seterusnya. Mereka yang mendapat gred E perlu mengulang kursus tersebut.

 

MUET Band 1

Pelajar dari SEMUA fakulti diwajibkan mengambil dan lulus LMCE1002  sebagai prasyarat bagi  mengambil kursus seterusnya.  Kursus seterusnya yang wajib diambil dan lulus ialah:

  1. Pelajar FKAB – LMCE1012, LMCE2052, dan LMCE3041;
  2. Pelajar FSSK – kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh FSSK. Kursus berikutnya ialah LMCE2012 yang diambil pada Tahun 3, Semester II;
  3. Pelajar dari lain-lain fakulti – LMCE1012, LMCE2012, dan kursus 1 jam kredit mengikut penawaran fakulti.

*Rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris 

 

MUET Band 2 atau 3

Pelajar dari SEMUA fakulti diwajibkan mengambil dan lulus kursus-kursus berikut:

  1. Pelajar FST, FTSM, FPI dan FEP – LMCE1012, LMCE2012 dan kursus 1 jam kredit mengikut penawaran fakulti masing-masing.*
  2. Pelajar FKAB – LMCE1012, LMCE2052 dan LMCE3041.
  3. Pelajar Program Kejururawatan (FPER) – LMCE1012 , LMCE2042 dan LMCE3031.
  4. Pelajar Program Sukan & Rekreasi, Pendidikan Khas (FPEND) – LMCE1012, LMCE2012 dan LMCE3011.
  5. Pelajar Program TESL (FPEND) – LMCE1022, LMCE2022 dan LMCE3031.
  6. Pelajar FUU – LMCE1032, LMCE3041 dan LMCE2022.
  7. Pelajar FGG – LMCE1022, LMCE2042 dan LMCE3041.
  8. Pelajar FFAR dan FPER – LMCE1022, LMCE2042 dan LMCE3031.
  9. Pelajar FSSK tidak perlu mengambil LMCE1012 tetapi perlu mengambil kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh FSSK. Kursus berikutnya ialah LMCE2012 yang diambil pada Tahun 3, Semester II.

*Rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris 

 

MUET Band 4, 5 atau 6

Pelajar dari SEMUA fakulti diwajibkan mengambil dan lulus kursus-kursus berikut :

  1. Pelajar FST, FTSM, FPI dan FEP – LMCE1022, LMCE2022 dan kursus 1 jam kredit mengikut penawaran fakulti masing-masing.*
  2. Pelajar FKAB – LMCE1022, LMCE2052 dan LMCE3041.
  3. Pelajar Program Kejururawatan (FPER) – LMCE1012, LMCE2042 dan LMCE3031.
  4. Pelajar Program Sukan & Rekreasi, Pendidikan Khas (FPEND) – LMCE1022, LMCE2022 dan LMCE3011.
  5. Pelajar Program TESL (FPEND) – LMCE1022, LMCE2022 dan LMCE3031.
  6. Pelajar FUU – LMCE1032 , LMCE3041 dan LMCE2022.
  7. Pelajar FGG – LMCE1022 , LMCE2042 dan LMCE3041.
  8. Pelajar FFAR dan FPER – LMCE1022, LMCE2042 dan LMCE3031.
  9.  Pelajar FSSK tidak perlu mengambil LMCE1022 tetapi perlu mengambil kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh FSSK. Kursus berikutnya ialah LMCE2012 yang diambil pada Tahun 3, Semester II.

*Rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris 

 

Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris

 

Kandungan Kursus Bahasa Inggeris

 

LMCE1002 Foundation English

Kursus ini khusus kepada pelajar yang memperolehi Band MUET 1. Kursus ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dalam Bahasa Inggeris dan membina keyakinan diri. Kursus ini menggunakan pendekatan berasaskan kemahiran bersepadu, perjumpaan bersemuka di dalam kelas, pembelajaran atas talian dan pembelajaran kendiri.

Bacaan Asas

Azar, B. S. & Hagen, S. A. 2014. Basic English Grammar. 4th ed. NY: Pearson.

Deuter, M., Bradbery, J. & Turnbull, J. 2015. Oxford Advanced Learner’s Dictionary. 9th ed. Oxford: Oxford University Press.

Murphy, R. 2012. English Grammar in Use. 4th ed. Cambridge: Cambridge University Press.

Nor Hasni Mokhtar et al. 2012. Building Foundation in English. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

Soars, L. & Soars, J. 2012. New Headway Pre-Intermediate. 4th ed. Oxford: Oxford University Press.

 

LMCE1012 Academic Communication

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang memperolehi Band MUET 2 dan 3 dan pelajar yang telah lulus kursus LMCE1002 Foundation English. Kursus ini membantu pelajar meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca, menulis dan membuat pembentangan dalam konteks akademik. Kursus ini menggunakan kaedah berasaskan kemahiran bersepadu.

Bacaan Asas

Langan, J.  2013. College Writing Skills with Readings: Ninth Edition. Mcgraw Hill Higher Education

Latisha Asmaak Shafie, et al., 2017. English For Academic Writing. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Latisha Asmaak Shafie & Nor Alifah Rosaidi, 2017. English for Oral Presentations. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rogers, L. & Jennifer, W. 2013. Skillful Reading and Writing: London: Macmillan.

Soars, L & Soars, J. 2014. New Headway Intermediate Student’s Book. Oxford: Oxford         University Press.

 

LMCE 1022 Academic Communication II

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang memperolehi Band MUET 4, 5 atau 6. Matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bahasa yang diperlukan dalam konteks akademik. Fokus utama kursus ini adalah meningkatkan kemahiran menulis berdasarkan maklumat yang telah disintesis dari sumber yang berbeza dan menghasilkan video mengenai isu semasa. Kursus ini menggunakan pendekatan pembelajaran eklektik.

Bacaan Asas

Barnet, S., Bedau, H. & O’Hara, J. 2016. Critical Thinking, Reading and Writing: A Brief Guide to Arguments. 9th ed. New York: Bedford.

Goatly, A. & Hiradhar, P. 2016. Writing in the Digital Age. New York: Routledge

Graff, G. & Birkenstein, C. 2014. They Say, I Say:  The Move that Matters in Academic Writing. 3rded. New York:  W.W. Norton & Co. Inc.

Lewison, M., Leland, C. & Harste, J. 2015. Creating Critical Classrooms: Reading and Writing With an Edge. 2nd ed. New York: Routledge.

Wright, L. 2012. Critical Thinking:  An Introduction to Analytical Reading and Reasoning.

2nd ed. London:  Oxford University Press.

 

LMCE1032    Academic Communication III

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar tahun pertama undang-undang Matlamat kursus ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris yang diperlukan dalam konteks akademik.  Pendekatan adalah berasaskan kaedah berpusatkan pelajar dan pembelajaran kendiri. Pelajar juga terlibat dalam aktiviti interaktif yang membina kemahiran pemikiran kritis dan analitik terhadap isu-isu perundangan.

Bacaan Asas:

Cottrell, Stella. 2017. Critical Thinking Skills. London: Palgrave Macmillan Publishers Ltd.

Finch, E. & Fafinski, S. 2017.  Legal Skills.  New York:  Oxford University Press

Haigh, R. 2015. Legal English. New York: Routledge

Johns,M.Z. & Tanaka, C.S.  2014.  Professional Writing for Lawyers.  Durham:  Carolina Academic Press

Verderber, R.F. Sellnow, D.D.  Verdeber, K.S. 2014.  The Challenge of Effective Speaking in a Digital Age, 16th edition. UD: Cengage Learning

 

LMCE2012 Workplace Communication I

Kursus ini dibina  untuk pelajar yang telah lulus Kursus Bahasa Inggeris wajib sebanyak 2 atau 4 unit. Kursus ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis untuk memenuhi keperluan tempat kerja. Ia menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggunakan bahasa dalam situasi tertentu dan menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan bersifat interaktif.

Bacaan Asas

Guffey, M. E. & Loewy, D. 2013. Essentials of Business Communication. Canada: Nelson Education

Osterwalder, A., Pigneur, Y., Bernarda, G., Smith, A., & Papadakos, T. 2014 Value Proposition Design: How to Create Products and Services Customers Want. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons

Samsiah Abdul Hamid & Rosyati Abdul Rashid. 2012. Mastering English for Employment. Petaling Jaya: Cengage learning Asia. Pte.Ltd.

Thill, J. V., & Bovée, C. L. 2014. Excellence in Business Communication ( 11th Edition). Boston: Pearson.

Quintanilla, K.M. & Wahl, S.T. 2014.  Business and Professional Communication: KEYS for Workplace Excellence (2nd. Edition). Thousand Oaks, Calif : Sage Publications.

 

LMCE2022 Workplace Communication II

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang telah lulus kursus LMCE1022 Academic Communication II atau kursus LMCE1032 Academic Communication III. Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang diperlukan di tempat kerja. Kursus ini meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, pengendalian mesyuarat dan pembentangan. Kaedah penyampaian adalah melalui aktiviti kelas, simulasi dan kerja lapangan.

Bacaan Asas

Guffey, M. E. & Loewy, D. 2013. Essentials of Business Communication. Canada: Nelson Education.

Gutierez, A. 2014. Effective Communication in the Workplace: Learn How to Communicate Effectively and Avoid Common Barriers to Effective Communication. USA: CreateSpace IPP.

Mizrahi, J. 2015. Writing for the Workplace: Business Communication for Professionals. USA: Business Expert Press.

Monarth, H. 2014. Breakthrough Communication : A powerful 4-Step Process for Overcoming Resistance and Getting Results. New York: McGraw-Hill Education.

Samsiah Abdul Hamid & Rosyati Abdul Rashid. 2012. Mastering English for Employment. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

 

LMCE 2042 Oral Communication

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar dari Fakulti Perubatan, Farmasi dan Pergigian yang telah lulus LMCE1012 Academic Communication I atau LMCE1022 Academic Communication II. Kursus ini membolehkan pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin, fasih dan jelas. Kursus ini juga memupuk semangat kerjasama dan kreativiti. Ini akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam perbincangan dan pembentangan melalui simulasi, aktiviti berasaskan tugasan dan pembelajaran autonomi.

Bacaan Asas

Goh, Christine C.M. & Anne Burns. 2012. Teaching Speaking: A Holistic Approach. New York: Cambridge University Press.

Hadfield, J. & Domyey, Z. 2013. Motivating Learning. London: Routledge.

Laur, D. 2013. Authentic Learning Experiences: A Real World Approach To Project-based

             Learning. London: Routledge.

Muller, T., Herder, S., Adamson, J. & Brown, P. S. 2012. Innovating EFL Teaching in Asia. London: Palgrave Macmillan.

Richards, J.C. 2012. Speak Now: Communicate with Confidence. London: Oxford University Press.

 

 

LMCE2052 English for Engineering

Kursus ini ditawarkan khusus untuk pelajar FKAB yang telah menamatkan Academic Communication 1. Kursus ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis untuk memenuhi keperluan tempat kerja. Ia menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan bersifat interaktif. Kursus ini melatih para pelajar untuk melaksanakan mesyuarat kumpulan yang berkesan, menulis e-mel yang baik dan memberikan penyampaian yang efektif berdasarkan input dari guru, perbincangan dan amali dalam kelas dan secara dalam talian.

Bacaan Asas

Glendinning, E. H. 2012.  Oxford English for Careers Technology 1. Oxford: Oxford      University Press.

Glendinning, E. H. & Pohl, A. 2013.  Oxford English for Careers Technology 2. Oxford:

Oxford University Press.

Grussendorf, M. 2015. English for Presentations. Oxford: Oxford University Press.

Schofield, J. 2011. Workplace English 1. London: Harper Collins Publishers.

Thomson, K. 2015. English for Meetings. Oxford: Oxford University Press.

 

LMCE3011 Speech Communication

Kursus ini ditawarkan khusus untuk pelajar yang telah lulus empat unit kursus wajib bahasa Inggeris. Ia bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Kursus ini memerlukan pelajar mengenal pasti dan menganalisis sesuatu topik atau isu semasa dan seterusnya menghasilkan video secara kreatif dalam bentuk forum, dokumentari, demonstrasi atau sketsa.

Bacaan Asas

Dale, P. 2013. Speech Communication Made Simple 3rd ed. London:  Pearson.

Fleming, C. A.  2013. It’s the Way You Say It:  Becoming Articulate, Well spoken and

       Clear. San Francisco: Berret-Koehler Publishers, Inc.

Galanes, G & Adams, K.  2012. Effective Group Discussion:  Theory and Practice

        14thed.  New York :  McGraw-Hill Education.

Holderman, E. 2014. 16 Websites and Apps for Making Videos and Animation.

https://www.commonsense.org/education/blog/16-websites-and-apps-for-making-videos-and-animation

Young, K. S. & Travis, H. P.  2012.  Oral Communication:  Skills, Choices and

Consequences 3rded.  Illinois:  Waveland Press, Inc.

 

 

LMCE3031 Professional Written Communication 

Kursus ini direka untuk pelajar yang telah lulus 4-unit kursus wajib Bahasa Inggeris. Ia menyediakan pelajar dengan strategi penulisan untuk tujuan profesional dalam bahasa Inggeris. Kemahiran menulis pelajar akan dipertingkatkan melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan dalam kursus ini. Kursus ini ditawarkan sebagai pengayaan Bahasa Inggeris untuk memenuhi 5 jam kredit wajib.

Bacaan Asas:

Bly, R. W. 2011. Webster’s New World Letter Writing Handbook.  Boston: Houghton Mifflin Harcourt.

Carter, C. 2012. Keys to Business Communication: Success in College, Careers and Life. NJ:  Prentice Hall.

Craswell, G. & Poore, M. 2012. Writing for Academic Success. 2nd ed. New Delhi: SAGE

Publications Ltd.

Garnard, B. A. 2013. HBR Guide to Better Business Writing. Boston: Harvard Business Review Press.

Terk, N. 2010. Professional Writing Skills: A Write It Well Guide.  Oakland, CA: Write It Well.

 

LMCE3041 Effective Job Search and Application

Kursus ini ditawarkan khusus kepada pelajar yang telah lulus 4 unit kursus wajib Bahasa Inggeris. Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran komunikasi lisan dan tulisan untuk membolehkan mereka berjaya mendapatkan tawaran temu duga. Kursus ini berpusatkan pelajar dan bersifat interaktif. Kursus ini dijalankan secara tutorial, keterlibatan industri dan pembelajaran kendiri.

Bacaan Asas

Bennet, S. 2014. The Elements of Resume Style: Essential Rules for Writing Resume and Cover Letters That Work. 2nd ed. New York: Amacom.

Clydesdale, Tim. 2015. The Purposeful Graduate: Why Colleges Must Talk to Students about Vocation. Chicago: University of Chicago Press.

Greenstein, Laura. 2012. Assessing 21st Century Skills. California: Sage Publications Ltd.

Samsiah Abdul Hamid & Rosyati Abdul Rashid. 2012. Mastering English for Employment. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd.

White, L. 2013. Write a Winning Job Application: A Guide to Responding to Selection Criteria. 5th ed. Western Australia: Lloyd White