Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

CITRA 2

CITRA 2 – Bahasa, Komunikasi & Literasi

Antara matlamat utama pendidikan UKM ialah menghasilkan graduan yang cekap dalam pelbagai bahasa khususnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Citra Bahasa, Komunikasi dan Literasi merangkumi penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping menguasai bahasa ketiga yang relevan, iaitu bahasa tempatan seperti Mandarin dan Tamil serta bahasa asing seperti Arab, Jepun dan sebagainya. Citra ini melibatkan pelbagai modality iaitu kemahiran, kepenggunaan dan kesesuaian bahasa. Penguasaan dan kemahiran bahasa yang bersifat multilingual dan bilingual merupakan keperluan utama disamping penguasaan bahasa ketiga yang dijadikan satu aspirasi. Ia juga merangkumi penggunaan bahasa yang relevan secara intra dan inter disiplin, sebagai contoh “Laras bahasa saintifik”. Matlamat Citra Bahasa, Komunikasi dan Literasi ialah pencitraan graduan UKM yang mempunyai keyakinan dan keterampilan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan dan kritis. Keterampilan ini meliputi keyakinan serta keupayaan berkomunikasi dengan efektif dalam bentuk lisan dan penulisan. Citra ini bertujuan menghasilkan graduan yang dapat menyampaikan maklumat, menilai, menerima dan memberi hujahan dan pendapat dalam disiplin ilmu masing-masing secara bersahaja (effortless). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar secara lisan, penulisan secara berhemah dalam pelbagai konteks; dalam konteks persekitaran masa kini, lingkungan komersial dan kepelbagaian budaya. Citra ini juga bermatlamat untuk menghasilkan graduan yang mempunyai tahap literasi yang tinggi yang boleh memahami dan mengupas maklumat dalam pelbagai konteks atau genre serta mempunyai kebolehan menilai, menganalisis, mengsintesis dan menilai maklumat tersebut.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC 2) Bahasa, Komunikasi & Literasi

I. Berupaya mengaplikasi dan menunjukkan kebolehan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam pelbagai konteks persekitaran masa kini, lingkungan komersil dan kepelbagaian budaya. (C3)

II. Berupaya memberi maklumbalas dan menghuraikan pendapat dalam disiplin ilmu masing-masing secara bersahaja (effortless). (P3)

III. Berupaya menilai, membuat sintesis dan menghuraikan maklumat dalam pelbagai konteks atau ‘genre’ (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 2

(Senarai Kursus Sedang Dikemaskini)