Selamat datang ke e-Mirath
Panduan Pengurusan Harta Pusaka Kecil Orang Islam di Malaysia
MENGAPA PERMOHONAN HARTA PUSAKA PERLU DIBUAT DENGAN SEGERA
- Memudahkan proses pembahagian pusaka dibuat.
- Mengelakkan kerumitan pembahagian harta pusaka kepada ahli waris akibat kematian berlapis.
- Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua waris.
- Mengelakkan harta si mati beku atau terbiar dan tidak terurus.
- Mengelakkan tunggakan cukai tanah akibat kelewatan pembahagian.
- Mengelakkan wang simpanan si mati dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi, saham-saham, bon dan sebagainya dipindahkan kepada Kumpulan Wang Tak Dituntut.
KEWAJIPAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
1. Perbelanjaan pengurusan jenazah:
- Peralatan pengurusan jenazah
- Upah memandikan jenazah
- Pengkafanan
- Kos pengangkutan jenazah
- Pengebumian
2. Hutang:
i) Hutang Allah SWT:
- Haji dan umrah fardu
- Zakat
- Nazar
- Kaffarah
- Fidyah
- Lain-lain
ii) Hutang Manusia
- Individu
- Institusi
3. Tuntutan harta sepencarian
4. Wasiat
CATATAN PENTING
Sistem e-Hisab hendaklah digunakan bagi tujuan pengiraan pengurusan harta pusaka sebelum pembahagian kepada waris-waris.