Permohonan di bawah Seksyen 8 merupakan permohonan awal yang dibuat oleh pemohon bagi memohon pembahagian harta pusaka. Tempoh yang diambil untuk menyelesaikan permohonan ialah selama 5½ bulan bagi kes-kes yang tidak bermasalah. Setiap permohonan awal hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen utama seperti berikut:
- Satu (1) Salinan Borang A yang telah lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Majistret.
- Bukti kematian, sama ada:
- Salinan Sijil Kematian, atau
- Cabutan Sijil Kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara
- Permit Menguburkan, atau
- Surat Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan kematian atau menghadiri perkebumian(bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan zaman sebelumnya), atau
- Perintah Anggapan Mati daripada Mahkamah Tinggi (bagi keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun dan Tragedi 13 Mei 1969. Bagi perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian).
- Salinan kad pengenalan pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang).
- Salinan kad pengenalan waris (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun).
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada
- Salinan sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat ( Bagi Bukan Islam, jika ada).
- Hakmilik/Geran – Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) / carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut (Kemukakan salinan asal CTC / carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat) atau Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
- Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada.
- Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.
- Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang.
- Dokumen-dokumen lain berkaitan dengan harta simati yang dimasukkan sebagai sebahagian dari tuntutan.