E-Mirath » Permohonan di bawah Seksyen 17

Permohonan di bawah Seksyen 17

Permohonan di bawah Seksyen 17 adalah permohonan berikutnya yang merupakan permohonan yang dibuat selepas permohonan awal diselesaikan. Permohonan ini boleh diselesaikan dalam tempoh 3 bulan bagi kes-kes yang tidak bermasalah.

 

PERMOHONAN PERLU DIBUAT DALAM KEADAAN-KEADAAN BERIKUT:

i)  Terdapat harta tertinggal di dalam permohonan awal.

ii)  Apabila perlu melantik seorang Pemegang Amanah yang baru.

iii)  Apabila perlu melantik seorang Pentadbir yang baru.

iv)  Untuk membatalkan Surat Kuasa Tadbir dan memohon pembahagian terus dibuat kepada waris-waris si mati.

v)  Untuk menarik balik Kaveat Pendaftar.

 

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

Permohonan berikutnya –Borang P hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka di mana permohonan awal (Seksyen 8 – Borang A) pembahagian harta simati telah diselesaikan.

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti  berikut;

  1. Satu (1) salinan  Borang P yang lengkap diisi. Borang P
  2. Satu (1) salinan perintah awal/ notis pembicaraan.
  3. Jika Permohonan Berikutnya adalah bagi tujuan:
    1. Hakmilik/Geran – Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi tanah yang dituntut. Kemukakan salinan asal CTC bersama satu salinan yang telah difotostat.
    2. Membatalkan Suratkuasa Mentadbir / Pemegang Amanah. Sila kemukakan satu salinan hakmilik(geran)yang telah didaftarkan nama pentadbir/pemegang amanah.
    3. Harta alih yang ketinggalan Satu salinan harta alih tersebut.