E-Mirath » Tempat Permohonan

Tempat Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG). JKPTG mempunyai 36 bahagian di seluruh negara dan setiap bahagian bertanggungjawab kepada beberapa daerah.

Permohonan boleh dikemukakan di Bahagian Pembahagian Pusaka di mana terdapatnya harta tak alih si mati di daerah tersebut. Namun bagi daerah yang tidak terdapat Bahagian Pembahagian Pusaka, urusan penerimaan permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah berkenaan.

Sekiranya si mati mempunyai harta tak alih di beberapa tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau berlainan, maka permohonan hendaklah dikemukakan di satu tempat sahaja tanpa mengambil kira nilaian hartanah yang teringgi.

Walau bagaimanapun, waris boleh memohon agar kes berkenaan diselesaikan di daerah yang lain bagi kemudahan semua waris dengan syarat si mati turut mempunyai harta di daerah yang hendak dipindahkan. Permohonan boleh dibuat secara bertulis dengan mengemukakan alasan permohonan tersebut kepada Bahagian Pembahagian Pusaka yang berkenaan.