Hari Ozon Sedunia

HARI OZON SEDUNIA, 29 SEPTEMBER

Hari Ozon Sedunia yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah pada tarikh 16 September. Ini bersempena dengan peristiwa yang berlaku pada 16 September 1987 di mana Protokol Montreal telah ditandatangani oleh 188 buah negara.

Pada tahun ini, Hari Ozon Sedunia Peringkat Kebangsaan disambut pada 29 September 2021. Demi melindungi lapisan ozon, kerajaan Malaysia telah merangka Pelan Pengurusan HCFC. Sejak pelaksanaan pelan ini, pada tahun 2020 _Malaysia telah berjaya melepasi sasaran penghapusan penggunaan HCFC_ yang telah ditetapkan oleh Protokol Montreal iaitu sebanyak 35 peratus.

Keeping us, our food and vaccines cool

 

“With Knowledge, We Serve The Community”

KELAB EKORELAWAN UKM,
SESI 2021/2022,
UKM.