Pertandingan Tesis 3 Minit Alam Sekitar (T3MAS) IPT 2021 Lestari/Ekorelawan UKM-JAS-JPT-DBP

Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama LESTARI/EKORELAWAN UKM, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Pertandingan Tesis 3 Minit Alam Sekitar (T3MAS) IPT 2021.

Pertandingan ini adalah aktiviti pembentangan secara tuntas selama 3 minit hasil penyelidikan/tesis pelajar.

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menyediakan medium perkongsian siswa IPT dalam menyampaikan idea-idea, inovasi dan hasil penyelidikan mereka berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan atau topik yang berkaitan dengannya secara ringkas dan padat untuk pengetahuan masyarakat umum.

Semua pelajar prasiswazah dan pascasiswazah telah mempunyai hasil penyelidikan adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2021.

Penyertaan adalah Percuma. Maklumat Terma & Syarat serta Borang Penyertaan boleh diakses melalui

url: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd1n4ABtoS6CkAUZkjofIfql70RcWUfnj70MWVlkSK1utkTig/viewform