PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA (PERKEM) KE-VII 2012
Transformasi Ekonomi dan Sosial ke Arah Negara Maju
Rancangan kerajaan Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 semakin hampir. Bagaimanapun, laluan ke arah merealisasikan impian ini bukan suatu yang mudah. Kejutan ekonomi dan bukan ekonomi global seperti krisis kewangan 1997/98, krisis sub-prima yang bermula di Amerika Syarikat pada 2008 dan ketaktentuan kestabilan sistem kewangan di negara Eropah sedikit sebanyak menjejaskan prestasi dan pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan sosial negara berada di landasan yang betul seperti dirancang, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai pelan transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan transformasi politik. Program transformasi ini dirangka untuk melaksana, memantau dan mengubahsuai pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi dan sistem penyampian kerajaan selaras dengan inspirasi kerajaan dan berjalan sebagaimana yang dirancang. Program tranformasi yang dijalankan juga dapat menyediakan iklim ekonomi yang kondusif dan menarik sebagai destinasi pilihan pelaburan asing dan pada masa yang sama dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang produktif, kompetatif, kreatif dan innovatif.
Fokus Persidangan
Untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, kerajaan berusaha menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan,
memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, mengalakkan
industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana (IKS), membangun teknologi
hijau dan menggalak industri kreatif. Sehubungan dengan ini, Malaysia perlu mengambil
tindakan proaktif bagi menghadapi sebarang perkara yang akan berlaku menjelang 2012.
Seminar ini bertujuan menjadi platform perbincangan pelbagai aspek yang menjadi fokus
kerajaan ke arah menuju negara maju dalam konteks peningkatan dalam pendapatan per kapita
dan pada masa yang sama kebajikan rakyat turut terbela. Di samping itu, pembangunan
dijangka mampu melahirkan sebuah masyarakat yang hidup harmoni di kalangan semua etnik
dan sama-sama berusaha mengekalkan prestasi ekonomi yang kukuh, mapan serta mampu
mempertahankan kebajikan semua pihak.
Sub Tema
- Pemantapan Ekonomi Domestik
- Isu Makroekonomi
- Dasar Monetari dan Pertumbuhan Ekonomi
- Pertumbuhan Ekonomi dan Sektor Swasta
- Transformasi Sektor Pertanian
- Produktiviti, Inovasi dan Kreativiti
- Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Berkualiti
- Teknologi dan Transformasi Ekonomi
- Peningkatan Kesejahteraan Rakyat dan Agihan
- Pengukuhan Sektor Industri dan Perkhidmatan
- Kelestarian Kualiti Alam Sekitar
- Teknologi Hijau
- Isu Golongan Mudah Terancam
- Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar
- Pembangunan Keusahawanan dan Perniagaan
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM. Selain itu kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan di dalam Jurnal Ekonomi Malaysia.
Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh Scopus.
Penganjur
|