KEMUDAHAN
Terdapat kemudahan penyelidikan yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan Bukit Fraser bagi kegunaan pelajar, penyelidik dan pelawat yang ingin menjalankan kajian dan kerjalapangan.
Terdapat lima denai yang dibina oleh PPBF iaitu
1 – Denai Puncak Jeriau
- Point Rhu Bukit
- Point Liparis
- Puncak Jumaat
- Point Anggerik Mutiara
- Puncak Jeriau
2 – Denai VIP
3 – Denai Air
4 – Denai Air terjun
5 – Denai Nurseri
Terdapat juga tapak penyelidikan yang disediakan oleh PPBF iaitu :
- Plot kajian bio-kejuruteraan – Terdapat pelbagai tumbuhan yang ditanam bagi pemulihan cerun yang runtuh iaitu Syzygium campanulatum, Mucuna sp, Arundina graminifolia, Arachis pintoi, Bambusa sp. dan sebagainya
- Plot kajian periuk kera – Terdapat Nepenthes albomarginata, N. ampullaria, N. benstonei, N. mirabilis, N. sanguinea, N. gracilima, N. reinwardtiana, N. rafflesiana dan N. gracilis
- Plot kajian Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) – Penanaman pokok kesum ( Polygonum minus) bagi penyelidikan bioteknologi moden yang terdiri daripada semua spesies yang terdapat di Malaysia.
- Plot kajian serangga
- Plot kajian herba