23 April 2019: Program lawatan sambil belajar Sekolah@UKM telah diadakan pada 11 April 2019 di Fakulti Undang-undang dan pada kali ini seramai 30 orang pelajar serta guru pengiring SMK Sultan ismail , Johor bahru, Johor Sembilan telah di beri peluang untuk menyertai program dibawah penyeliaan Dr. saidatul Nadia Abd. Aziz.
Pada lawatan ini, pelajar dibawa melawat sekitar kampus dan juga fasiliti yang disediakan seperti Perpustakaan Undang-undang, Mahkamah Moot, dan juga Bilik Latihan Guaman untuk memberi pendedahan dan juga semangat kepada para pelajar untuk memilih bidang Undang-undang sebagai kerjaya mereka dimasa akan datang.