15 Mei 2018: Pihak Fakulti Undang-undang UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof Dr. Ishak Yussof di atas pelantikan sebagai Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) UKM yang baharu. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Strategi UKM. Pusat Strategi UKM merupakan sebuah institusi penting dan memainkan fungsi untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan strategi UKM untuk mencapai 6 KRA yang telah ditetapkan iaitu:-
- membantu (facilitate) pelaksanaan pelan tindakan
- Memantau pengoperasian pelan strategik
- Memantau pencapaian hasil strategik; dan
menyelaras maklumat strategik dan memantau prestasi universiti sesuai dengan matlamat serta strategi universiti. Laman sesawang Pusat Strategi UKM boleh dilawati di http://www.ukm.my/strategi-ukm/
Tahniah dan Syabas diucapkan.