15 Mei 2018: Pihak Fakulti Undang-undang UKM ingin merakamkan ucapan tahniah atas perlantikan Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei 2018 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara. Tun Dr. Mahathir pernah menjadi penerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 April 2004.