PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Tauhu kukus dengan Ayam Cincang

Tauhu kukus dengan Ayam Cincang

Bahan-bahan:

  1. 1 kotak tauhu lembut
  2. 100g ayam, cincang
  3. 2 batang daun bawang, dicincang
  4. 1 sudu teh sos tiram
  5. 2 sudu teh kicap
  6. 1/2 cawan air
  7. Gula secukup rasa
  8. Beberapa titik minyak bijan
  9. serbuk lada putih secukup rasa

Kaedah Penyediaan:

  1. Kukus tauhu selama 5 minit dan diketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng ayam cincang sehingga wangi.
  3. Masukkan air, sos tiram, kicap dan membawa ia sehingga mendidih.
  4. Masukkan daun bawang, minyak bijan, gula dan serbuk lada putih secukup rasa.
  5. Kacau dengan cepat selama 30 saat dan tuangkannya ke atas tauhu kukus. Hidangkan.
Translate »