Loya
–
Loya
- Loya boleh mempengaruhi jumlah dan jenis makanan yang dimakan semasa rawatan.
- Makan sebelum rawatan adalah penting dan elakkan makanan yang menyebabkan loya.
- Antara makanan yang boleh menyebabkan loya termasuklah makanan pedas, makanan berminyak atau makanan yang mempunyai bau yang kuat.
- Makan dengan kerap dan minum air sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan sepanjang hari dapat membantu mengurangkan rasa loya.
Saranan pemakanan adalah seperti yang berikut:
- Makan makanan yang kering seperti roti bakar sepanjang hari.
- Duduk menegak atau bagi pesakit yang terlantar dan berbaring perlu tinggikan kepala (menggunakan bantal yang diletakkan di bahagian belakang kepala) daripada badan selama 1 jam selepas makan.
- Makan makanan yang tidak berempah, tidak pedas, lembut dan mudah dikunyah lebih baik berbanding makanan berat.
- Elakkan memakan makanan di dalam bilik yang mempunyai bau makanan atau kawasan yang panas, pastikan kawasan tempat duduk adalah selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik.
- Basuh mulut sebelum dan selepas makan.
- Hisap gula-gula yang keras seperti pudina atau perahan air lemon jika pesakit mempunyai deria rasa yang teruk.