PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Mulut Kering

Mulut kering (Xerostomia)

  • Satu kaedah utama untuk mengatasi mulut kering adalah untuk minum banyak cecair dan makan makanan basah/berair dengan sos tambahan, kuah, mentega atau marjerin.
  • Di samping itu, gula-gula keras dan pencuci mulut yang sejuk seperti buah anggur beku, gula-gula getah, ais berperisa dan ketulan ais juga dapat membantu untuk mengatasi masalah tersebut.
  • Penjagaan gigi adalah sangat penting untuk membantu mencegah jangkitan.

Berikut merupakan saranan untuk mengurangkan atau meredakan mulut kering ;

  • Berus gigi dan mulut sekurang-kurangnya 4 kali sehari (selepas makan dan sebelum tidur).
  • Berus dan cuci gigi palsu selepas makan.
  • Pastikan air ada pada setiap masa untuk melembapkan mulut.
  • Elakkan bilasan yang mengandungi alkohol.
  • Makan makanan manis atau tat makanan dan minuman yang boleh merangsang air liur.
  • Minum minuman buah (fruit drink)
  • Gunakan straw untuk minum air
Translate »