PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Penurunan Berat Badan

Penurunan berat badan dan kurang/hilang selera makan (Anorexia)

  • Makan secara kerap
  • Makan makanan yang mudah disediakan pada waktu makan dan waktu snek dapat membantu pesakit anorexia.
  • Minum cecair yang mengandungi tinggi tenaga dan nutrien seperti jus, sup, susu, shake dan smoothie buah-buahan dapat meningkatkan jumlah pengambilan tenaga dan fungsi tubuh serta membantu apabila pesakit tidak dapat makan makanan berbentuk pepejal.
  • Makan dalam suasana yang tenang dan selesa.
  • Minum banyak air.
  • Aktifkan diri secara kerap daripada berbaring juga boleh meningkatkan selera makan seperti melakukan Tai Chi dan Qi Gong.

Saranan pemakanan untuk meningkatkan selera makan adalah seperti yang berikut:

  • Makan makanan dalam saiz kecil, kerap, makanan berkalori tinggi
  • Menyertakan makanan berprotein dan berkalori tinggi dalam setiap hidangan.
  • Makanan tambahan produk khas seperti Myotein, Carborie dan lain-lain ditambah dalam minuman atau makanan atau masakan traditional seperti masak gulai, masak lemak, masak kurma, nasi goreng, popia goreng dan lain-lain.
  • Menyediakan makanan kegemaran dalam saiz yang kecil supaya mudah diambil ketika lapar
  • Makan snek antara waktu makan
  • Kerap lakukan pemeriksaan mulut untuk melegakan simptom dan mengurangkan perubahan rasa
  • Apakah jenis makanan yang disyorkan?
    • Bijirin: biskut tawar(cream creaker)
    • Pencuci mulut: mufin, puding
    • Supplemen
    • Produk tenusu seperti milkshake, yogurt, aiskrim
    • Coklat

Translate »