PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Perubahan Deria Rasa

Perubahan Deria Rasa dan Bau

  • Dengan mengubah jenis makanan dan menambah perasa atau rempah dalam makanan dapat membantu pesakit yang hilang deria rasa.
  • Buah citrus juga boleh digunakan sekiranya tiada sakit pada mulut atau mucositis.
  • Berkumur sebelum makan turut membantu untuk meningkatkan deria rasa terhadap makanan.

Saranan pemakanan untuk membantu pesakit kanser menguruskan perubahan deria rasa adalah seperti berikut:

  • Makan makanan yang bersaiz kecil, secara kerap dan snek ringan yang sihat
  • Fleksibel. Makan makanan ketika lapar
  • Gunakan kutleri plastic seperti sudu, garpu, pinggan dan mangkuk jika makanan rasa seperti logam.
  • Gantikan daging dengan ayam, ikan, telur dan keju.
  • Gunakan perahan lemon dan pudina apabila mengalami rasa logam atau pahit di dalam mulut.
  • ​Kurangkan pengambilan makanan yang pahit seperti kopi, coklat dan bahan yang menggunakan coklat.
Translate »