PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Sembelit

Saranan termasuk:

  • Makan makanan yang tinggi serat. Pengambilan serat yang disarankan ialah 25 – 35 gram sehari (RNI , 2010). Serat ditambahkan secara berkala dalam diet dan meminum air secukupnya dalam masa yang sama.
  • Minum 10 – 12 gelas air sehari seperti air masak dan jus.

Jika pencegahan tidak efektif dan sembelit masih berlaku , tiga cara untuk mengatasinya iaitu :

– diet (menambahkan makanan berserat dan minum banyak air)
– aktiviti fizikal (seperti berjalan)
– ubat yang diberikan oleh doktor.

Saranan adalah seperti berikut :

  • Teruskan makan makanan tinggi serat dan minum air secukupnya.
  • Kekalkan aktiviti fizikal.
Translate »