PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Ulser Mulut

Ulser mulut (Mucositis/Stomatitis)

  • Individu yang mempunyai mucositis, sakit mulut atau gusi yang regang (tender) perlu makan makanan yang lembut, mudah untuk mengunyah dan menelan serta tidak menyebabkan kesakitan (irritating).
  • Dalam beberapa keadaan makanan mungkin perlu diproses menggunakan pengisar.
  • Elakkan makanan asam, pedas, masin dan bertekstur kasar yang mungkin menyebabkan kesakitan.

Saranan pemakanan untuk pesakit kanser yang sedang mengalami stomatitis termasuklah yang berikut:

  • Makan makanan lembut yang mudah untuk dikunyah dan ditelan, termasuklah :
    • buah- buahan lembut (pisang, tembikai)
    • kentang lenyek, makaroni
    • kastard, pudding, gelatin, milkshake
    • telur hancur (scrambled egg)
    • oat atau bijirin yang dimasak
    • sayur-sayuran yang dikisar atau dilenyek seperti kacang dan lobak merah; dan daging yang dikisar.
  • Elakkan makanan yang menyakitkan, termasuk :
    • buah-buahan sitrus dan jus seperti oren, limau gedang atau jeruk
    • makanan pedas atau masin dan kasar
    • makanan kering termasuk sayur-sayuran mentah, granola, roti bakar dan keropok
  • Kebaskan mulut dengan ketulan ais atau ais berperisa seperti ais kacang.
  • Masak makanan sehingga lembut.
  • Potong makanan dalam bentuk yang kecil.
  • Gunakan penyedut minuman untuk minum. Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik; makanan panas dan hangat boleh menyakitkan mulut
  • Amalkan penjagaan mulut yang baik
  • Meningkatkan kandungan cecair dalam makanan dengan menambahkan kuah, sup atau sos
  • Ambil supplemen yang berbentuk cecair yang tinggi kalori dan protein.
Translate »