Rawatan & Kesan Sampingan
–
Bagaimana kanser kepala dan leher dirawat?
Rawatan bagi pesakit kanser tersebut bergantung kepada beberapa faktor antaranya
- kedudukan sebenar tumor (ketulan kanser),
- peringkat kanser,
- umur
- kesihatan pesakit.
Rawatan untuk kanser kepala dan leher adalah seperti
- pembedahan,
- radioterapi,
- kemoterapi atau
- kombinasi beberapa rawatan.
Apakah kesan sampingan rawatan kanser tersebut?
- Pembedahan untuk kanser kepala dan leher selalunya mengubah kemampuan pesakit untuk mengunyah, menelan atau bercakap.
- Pesakit mungkin kelihatan berbeza selepas pembedahan dan akan memberi kesan bengkak pada muka dan leher.
- Bengkak pada kawasan tersebut selalunya akan hilang setelah beberapa minggu.
- Sekiranya nodus limpa (lymph node) dibuang, pengaliran cecair limpa pada kawasan tersebut akan menjadi lambat dan cecair limpa akan berkumpul di tisu mengakibatkan tisu menggelembung dan bengkak.
- Penggelembungan tisu ini akan berkekalan dalam masa yang lama.
- Selepas pembedahan untuk membuang larynx (laryngectomy) atau pembedahan lain pada kawasan leher, sebahagian leher dan tekak berasa kebas disebabkan sistem saraf di bahagian itu sudah dibuang.
- Sekiranya lymph node di bahagian leher dibuang, bahu dan leher akan menjadi lemah dan keras.
- Pesakit yang menerima rawatan radiasi pada kepala dan leher akan mengalami kemerahan, keradangan pada kawasan tersebut dan kesakitan di dalam mulut; mulut kering atau air liur yang pekat; susah menelan; perubahan deria rasa atau loya.
Selain itu, masalah yang sering berlaku semasa rawatan adalah seperti
- hilang deria rasa yang mengurangkan selera pesakit dan memberi kesan pada status pemakanan serta sakit telinga (disebabkan cecair di dalam telinga menjadi keras).
- bengkak pada kulit di bawah dagu dan perubahan tekstur kulit.
- Rahang akan menjadi keras dan pesakit tidak mampu untuk membuka mulut seperti sebelum menerima rawatan.