PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Simptom

Simptom Kanser Kepala dan Leher

  • Benjolan atau luka pada kawasan muka, leher atau kepala yang tidak sembuh
  • Sakit tekak yang tidak hilang
  • Kesukaran menelan dan perubahan suara yang serak

Simptom-simptom ini juga boleh disebabkan oleh keadaan lain. Amat penting untuk menjalankan pemeriksaan dengan doktor atau doktor gigi jika terdapat satu ataupun lebih daripada simptom yang dinyatakan di atas

Simptom yang mungkin mempengaruhi kawasan tertentu pada bahagian kepala dan leher termasuklah yang berikut:

Rongga mulut (oral cavity)

  • Tompokan putih atau merah pada gusi, lidah atau pada lapisan mulut
  • Bengkak pada rahang yang disebabkan oleh gigi palsu tidak dipasang dengan baik dan kurang selesa; ulser yang tidak sembuh
  • Pendarahan yang luar biasa atau sakit pada bahagian mulut

Neck Pain
Tekak

  • Kesukaran bernafas atau bercakap
  • Sakit ketika menelan
  • Sakit di leher atau sakit tekak yang tidak hilang
  • Pendarahan, sering sakit kepala, sakit atau rasa berdengung di dalam telinga
  • Masalah pendengaran

Larinks

  • Suara serak dan pernafasan yang berbunyi (bising).

Bleeding Nose
Sinus paranasal dan rongga hidung (nasal cavity)

  • Sinus yang tersekat dan tidak bersih akibat jangkitan sinus kronik yang tidak bertindak balas terhadap rawatan dengan antibiotik
  • Pendarahan melalui hidung
  • Sering sakit kepala, bengkak, atau masalah lain yang melibatkan mata.
  • Sakit gigi di bahagian atas atau masalah dengan gigi palsu

Kelenjar air liur

  • Bengkak di bawah dagu atau di sekitar tulang rahang, hilang rasa atau kelumpuhan otot-otot di muka, atau sakit di muka, dagu atau leher yang tidak hilang.
Translate »