PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Senaman Penelanan

Perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko mengalami masalah penelanan

  • Latihan senaman yang membantu proses penelanan dapat mengekalkan keupayaan untuk makan dan minum.
  • latihan ini juga menolong untuk mengurangkan masalah penelanan yang disebabkan oleh rawatan walaupun pesakit memerlukan tiub untuk makan.
  • Gambar di bawah menunjukkan latihan yang boleh lakukan setiap hari untuk membantu meningkatkan keupayaan pesakit untuk menelan.

Bagaimana untuk melakukan latihan menelan

  • Lakukan setiap latihan sebanyak 5-10 kali berturut-turut, setiap jam apabila terjaga
  • Lakukan senaman ini sebelum, semasa dan selepas rawatan
  • Duduk menegak di atas kerusi dan gunakan cermin ketika melakukan latihan
  • PENTING: Tidak mempunyai apa-apa makanan atau minuman di dalam mulut anda ketika melakukan
    senaman ini

Cara Membuat Penelanan Lebih Kuat

Ulang latihan ini sebanyak 5 – 10 kali. Pastikan mulut anda sentiasa lembab.
Senaman Penelanan

  1. Keluarkan hujung lidah anda
  2. Tahan lidah antara gigi atau bibir
  3. Cuba untuk menelan air liur dengan lidah dalam kedudukan tersebut
  4. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Tekan lidah pada bahagian lelangit sekuat yang boleh
  2. Dengan mulut tertutup, telan air liur sekuat yang boleh
  3. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Cuba telan air, hirup air sedikit dan telan
  2. Mungkin perlu menelan beberapa kali bagi mengalirkan air ke dalam kerongkong
  3. Batuk jika perlu

Cara Mengekalkan Pergerakan Otot Mulut

Senaman Penelanan

  1. Buka mulut anda sebesar yang boleh
  2. Tahan selama 5 saat
  3. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Keluarkan lidah sejuah mana ia boleh
  2. Tahan selama 5 saat
  3. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Gerakkan lidah anda ke atas (arah hidung)
  2. Tahan selama 5 saat
  3. Sekarang gerakkan lidah ke bawah (arah dagu)
  4. Tahan selama 5 saat
  5. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Gerakkan lidah anda ke sebelah kiri
  2. Tahan selama 5 saat
  3. Sekarang gerakkan lidah kepada sebelah kanan
  4. Tahan selama 5 saat
  5. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Cuba telan air, hirup air sedikit dan telan
  2. Mungkin perlu menelan beberapa kali bagi mengalirkan air ke dalam kerongkong
  3. Batuk jika perlu

Amalan menutup salur pernafasan

Ulang latihan ini sebanyak 5-10 kali.

#Nota:

  • Jangan lakukan senaman ini jika berasa pening atau mempunyai masalah jantung
  • Jangan lakukan senaman ini selama satu minggu setelah menerima makanan secara tiub
  • Sila semak dengan jururawat atau doktor jika mempunyai masalah atau pertanyaan tentang melakukan senaman ini

Senaman Penelanan

  1. Tahan nafas dan pautkan kedua belah tangan dan tolakkan untuk 1 saat
  2. Kemudian hembuskan nafas
  3. Berehat sebentar, ulang 5 hingga 10 kali

Senaman Penelanan

  1. Tarik nafas dan tahan
  2. Kemudian hembuskan nafas
  3. Kemudian batuk sekuat mungkin
  4. Ulang 5 hingga 10 kali
#Nota:

  • Jangan lakukan senaman ini jika berasa pening atau mempunyai masalah jantung
  • Jangan lakukan senaman ini selama satu minggu setelah menerima makanan secara tiub
  • Sila semak dengan jururawat atau doktor jika mempunyai masalah atau pertanyaan tentang melakukan senaman ini

Senaman ini adalah panduan secara umum bagi pesakit kanser kepala dan leher. Senaman ini bergantung pada jenis kanser dan tahap kanser tersebut. Tetapi, pesakit boleh mencuba senaman ini untuk masalah penelanan yang lebih baik. Namun sekiranya tidak mendapat kesan yang memuaskan, sila rujuk kepada pengamal perubatan professional seperti doktor dan ahli terapi pertuturan.

Translate »