PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

VFSS

Videofluroscopic Swallowing Study (VFSS)

vfss1 vfss2
  • Memperlihatkan pergerakan rongga mulut (oral cavity), oropharynx, laryngopharynx dan esophagus dalam bentuk visual sebenar apabila pesakit diberi isipadu bahan yang diselaputi barium dalam konsistensi yang berbeza.
  • Pergerakan bahan dan pharyngeal cavity dipaparkan pada monitor .
  • Semasa ujian ini, makanan dan cecair yang berbeza digunakan.Pegawai patologi terapi pertuturan atau speech-language pathologist (SLP) akan melihat bagaimana seseorang pesakit itu bercakap dengan jelas dan pergerakan otot dalam mulut berlaku.
  • Kaedah ini adalah baik untuk melihat pergerakan proses penelanan seseorang itu secara keseluruhan serta untuk mengetahui berlakunya kekurangan fungsi dan mengetahui adakah seseorang mengalami aspirasi ketika makan.

Beberapa nama lain bagi prosedur ini adalah :

  • videofluoroscopic swallowing study, atau videofluoroscopy
  • modified barium swallow, atau MBS
  • esophagram
  • cookie swallow

American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) menggunakan istilah videofluoroscopic swallowing study, atau VFSS.

Mengapa wujudnya VFSS?

VFSS memberi pegawai patologi terapi pertuturan atau speech-language pathologist (SLP ) untuk melihat:

  • Sekiranya makanan masuk ke dalam saluran pernafasan yang dikenali sebagai aspirasi.
  • Bahagian di dalam mulut dan tekak yang tidak berfungsi dengan baik
  • Jenis makanan yang selamat untuk ditelan
  • Sesetengah posisi untuk pesakit menelan dengan lebih efektif
Translate »