Masalah dengan orang tersayang:
- Ahli keluarga mengharapkan anda untuk melakukan apa yang anda lakukan sebelum mengalami kanser.
- Sebagai contoh, jika anda selalu menjaga halaman rumah anda sebelum rawatan, anda mungkin mendapati bahawa perkara ini adalah susah untuk dikendalikan.
- Namun ahli keluarga yang mengambil alih kerja anda tersebut mahu kembali kepada cara hidup yang normal sebelum ini.
- Mereka mungkin mengharapkan anda melakukan apa sahaja yang anda pernah lakukan di rumah sebelum menghidapi kanser.
- Anda juga mungkin mengharapkan lebih daripada apa yang anda terima. Mereka mungkin mengecewakan anda dan menyebabkan anda marah.
- Sebagai contoh, anda mungkin kurang mendapat perhatian berbanding sewaktu anda menjalani rawatan dahulu.
- Anda mungkin juga masih perlu bergantung kepada orang lain pada masa ini. Walaupun anda ingin kembali kepada peranan anda dalam keluarga sebelum ini, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri rutin yang normal seperti dahulu.
- Sewaktu anda mengalami perkara-perkara ini, keluarga anda juga turut juga cuba menyesuaikan diri.
- Tambahan lagi, perkara ini mungkin sukar bagi anda semua untuk meluahkan perasaan atau bagaimana untuk berbincang mengenai kanser anda.
|