PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Kehidupan Baru

Permulaan Kehidupan Normal yang Baru

  • Mengakhiri rawatan kanser adalah masa untuk bergembira.
  • Anda mungkin bersedia untuk menyimpan pengalaman sewaktu mengidap kanser tersebut dan kembali kepada cara hidup yang biasa seperti dahulu.
  • Anda mungkin merasa sedih dan bimbang. Ia boleh mengambil masa untuk pulih. Dan ia merupakan kebiasaan untuk memikirkan sama ada kanser akan kembali dan apa yang berlaku sekarang.
  • Anda akan mempunyai pelbagai perasaan yang berbeza pada masa ini.
  • Salah satu perkara yang paling sukar selepas rawatan adalah tidak mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.
  • Mereka yang telah melalui rawatan kanser menyatakan bahawa beberapa bulan yang pertama adalah sebagai masa untuk perubahan.
  • Anda perlu mengetahui apa yang normal untuk anda sekarang.
  • Orang sering mengatakan bahawa hidup ini mempunyai makna baru atau mereka melihat sesuatu dengan perspek yang berbeza.

Kehidupan normal yang baru anda merangkumi:

  • Perubahan dalam cara anda makan dan apa yang kamu lakukan
  • Sokongan daripada sumber baru
  • Parut kekal pada badan anda
  • Tidak dapat melakukan beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum ini.
  • Anda boleh melihat diri anda dalam cara yang berbeza atau mendapati bahawa orang lain fikirkan anda dengan cara berlainan. Beri diri anda ruang dan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

New Beginnings

Hadapi Perasaan Takut Perulangan

  • Keadaan ini adalah normal bahawa anda bimbang bahawa kanser akan kembali.
  • Hampir semua pesakit kanser mempunyai rasa takut ini, jadi anda tidak keseorangan.
  • Ia adalah perkara yang normal begi mereka.
  • Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai kekurangan kawalan atas kehidupan mereka.
  • Setiap kesakitan akan memberi kesan kebimbangan bahawa kanser sudah kembali.

Beberapa tips untuk menangani masalah ini

  • Memahami apa yang anda boleh lakukan untuk kesihatan anda sekarang dan dapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang tersedia untuk anda.
  • Bersikap terbuka dan berbincang dengan pasukan penjagaan kesihatan anda tentang kebimbangan anda. Mereka boleh membantu anda untuk mengurangkan kebimbangan.
  • Luahkan perasaan takut, marah, atau sedih. Dengan cara meluahkan perasaan yang kuat seperti marah atau sedih, mereka akan berasa lebih lega.
  • Cuba bersikap positif dengan memikirkan perkara yang baik dan bukannya memikirkan perkara atau hal yang buruk. Cuba memberi tumpuan kepada kesihatan dan apa yang anda boleh lakukan sekarang untuk kekal sihat.
  • Mencari cara untuk membantu diri anda bertenang. Senaman telah terbukti boleh membantu anda bertenang apabila anda berasa bimbang.
  • Aktifkan diri anda. Keluar dari rumah untuk berjalan-jalan boleh membantu anda memberi tumpuan kepada perkara yang lain selain daripada memikirkan kanser dan kebimbangan.
  • Fokus pada perkara yang boleh dikawal. Libatkan diri anda dalam penjagaan kesihatan, temu janji dan membuat perubahan dalam gaya hidup anda adalah perkara yang anda boleh kawal. Menetapkan jadual harian juga boleh membantu.
  • Jika anda mengalami ketakutan yang teruk, cuba bercakap dengan kaunselor. Beliau mungkin dapat membantu anda mengurangkan kebimbangan dan menenangkan ketakutan anda.
Translate »