Temu-ramah Keluarga
–
Sesi temu-ramah bersama penjaga/isteri pesakit
Apakah masalah yang dihadapi ketika sedang menjaga pesakit?
- Puan Nani (isteri Encik Hamid) memberitahu bahawa beliau perlu sentiasa bersedia 24 jam dengan apa-apa kemungkinan yang berlaku pada suaminya.
- Beliau juga perlu mengambil cuti rehat daripada bekerja untuk menjaga suaminya.
- Ketika beliau pergi bekerja, beliau akan menelefon suaminya beberapa kali di rumah untuk memastikan suaminya berada dalam keadaan yang baik.
- Sekiranya suaminya tidak menjawab telefon, beliau akan meminta pertolongan daripada jiran untuk melihat keadaan suaminya.
- Sebelum pergi bekerja, Puan Nani akan menyediakan makanan untuk suami supaya suaminya boleh makan ketika di rumah.
- Hanya beliau sahaja yang akan menjaga suaminya tetapi ketika cuti sekolah, anak-anaknya pula akan menjaga suaminya.
- Beliau amat risau sekiranya suaminya hendak ke tandas dan memastikan suaminya tidak terjatuh di dalam tandas dan menjaganya sepenuh hati.
- Beliau juga mengalami penurunan berat badan sebanyak 10 kg sepanjang menjaga suaminya yang pada ketika itu baru selesai menjalani pembedahan pada kawasan nasopharyngeal.
Apakah aspek yang perlu dititikberatkan apabila menjaga suaminya?
- Suaminya tidak pernah menolak untuk makan. Beliau sentiasa makan segala jenis makanan ketika sihat.
Selepas menerima rawatan, suaminya kurang selera makan namun masih makan dalam kuantiti yang sedikit. - Adakah pesakit akan menghabiskan semua makanan? Berapa banyak baki makanan yang tinggal?
- Pesakit tidak menghabiskan makanan dan kadangkala, suaminya hanya mampu menghabiskan semangkuk kecil atau separuh mangkuk sederhana bubur.
Apakah yang akan dilakukan penjaga sekiranya pesakit tidak mahu makan?
- Tetap bersabar dengan kerenah suaminya dan tidak memaksa suaminya untuk menghabiskan makanannya.
Apakah perasaan anda ketika menjaga pesakit dari segi emosi, mental dan fizikal?
- Puan Nani berasa lebih bertanggungjawab setelah suaminya menerima rawatan, namun, beliau menerima segala masalah dengan hati yang terbuka.
- Beliau juga menyatakan bahawa pengurusan masa, disiplin dan melakukan kerja secara sistematik amat penting dalam menguruskan kebajikan suami dan keluarganya.
Siapa lagi yang terlibat dalam menjaga suaminya?
- Kebanyakan masa hanya Puan Nani yang menjaga kebajikan suaminya kecuali pada musim cuti sekolah, anak-anaknya akan menjaga suaminya di rumah sementara beliau pergi bekerja
Pada ketika pesakit dalam keadaan terbatas untuk berjalan , bagaimana pesakit pergi ke tandas?
- Isterinya akan memimpin dan memegang suaminya ke tandas.
Ketika makan , adakah pesakit makan seorang atau bersama penjaga? Adakah penjaga disuap makan atau pesakit mampu makan sendiri dan adakah pesakit dan penjaga memakan makanan yang sama?
- Pada waktu makan pagi dan tengahari, suaminya akan memakan sendirian memandangkan Puan Nani pergi bekerja.
- Namun , pada watu makan malam , pesakit sekeluarga akan makan bersama.
- Makanan yang dihidangkan pada pesakit sekeluarga adalah makanan yang sama untuk berlaku adil untuk semua.
- Puan Nani tidak menyediakan makanan yang berasingan untuk suami dan keluarganya. Kadangkala, makanan yang sama disediakan setiap hari membuatkan anak-anak berasa bosan namun masih makan bersama-sama.
Apakah jenis makanan yang dihidangkan oleh penjaga kepada pesakit?
- Puan Nani juga sentiasa mengkukus ikan dan mereneh sup serta menyediakan banyak lauk sayuran. Puan Nani akan membeli tau fu fah untuk suaminya hampir pada setiap kali makan petang.