PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Diet Terapeutik

Diet Terapeutik Untuk Pesakit Kanser
National Dysphagia Diet (NDD)

NDD tahap tekstur Makanan:

Tahap 1 – NDD Disfagia puri (Dysphagia pureed)

cd1

Puri yang halus, sekata dan melekat, puding-like makanan yang memerlukan kemampuan mengunyah yang sangat sedikit.

Garis Panduan Umum:

  1. Roti boleh disediakan dalam bentuk gel dengan purikan (pureed)atau masukkan puri dalam makanan yang lain mengikut resepi.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran harus dipuri tanpa mengandungi pulpa, biji atau ketulan.
  3. Kentang lenyek harus disajikan dengan kuah, sos, mentega, marjerin untuk melembapkan.
  4. Makanan harus dipuri dengan halus.
  5. Elakkan goreng, rebus atau telur hancur (scrambled egg).
  6. Elakkan yogurt berbuah, mentega kacang dan makanan yang mengandungi ketulan, termasuk sup dan bijirin panas (hot cereal).

Tahap 2 – NDD Disfagia diubah dengan mekanikal (Dysphagia mechanically-altered)

Pekat, lembab dan makanan separuh pepejal yang memerlukan sedikit kemampuan untuk mengunyah.
Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dilenyek dengan menggunakan garpu. Elakkan produk roti, keropok dan makanan kering yang lain

cd2

Garis Panduan Umum:

  1. Roti harus disediakan dalam bentuk gel dengan purikan mengikut resipi.
  2. Buah-buahan harus bertekstur lembut, dalam tin atau dimasak. Pisang yang lembut dan yang telah masak dibenarkan. Elakkan nanas dalam tin.
  3. Sayur-sayuran harus bertektur lembut, dimasak dengan sepenuhnya, mudah dihancurkan dengan garpu, dan dalam potongan yang lebih kecil daripada ½ inci.
  4. Daging harus bertekstur lembut, lembab dan hancur serta dalam bentuk potongan dadu yang lebih kecil daripada ¼ inci. Makan bersama kuah.
  5. Elakkan bijirin gandum kering dengan kacang, biji-bijian dan kelapa.
  6. Elakkan makanan yang sukar untuk dikunyah, termasuk saiz potongan besar atau kacang

Tahap 3 – NDD Disfagia lanjutan (Dysphagia advanced)

Makanan pepejal yang lembut memerlukan lebih banyak kemampuan untuk mengunyah. Peringkat ini adalah hampir sama dengan tekstur yang biasa dimakan iaitu daging, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mudah untuk dipotong. Elakkan makanan keras, melekit dan dan kering serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang ranggup.

cd3

Garis Panduan Umum:

  1. Roti dan bijirin harus juga dimakan bersama air atau susu.
  2. Buah-buahan yang lembut seperti pisang atau buah-buahan yang perlu dikupas seperti kiwi atau tembikai tanpa benih boleh dimakan.
  3. Elakkan kulit kentang, jagung dan sayur-sayuran mentah.
  4. Daging harus bertekstur lembut dan dipotong kecil.
  5. Elakkan makanan yang sukar dikunyah: kacang, biji-bijian, bertih jagung (popcorn) , kentang goreng, kelapa dan lain-lain.

NDD Tahap 4 – Biasa (Regular)

Mana-mana tekstur makanan yang pejal.

cd4

Video:

Video kredit kepada FoodserviceExpress Channel


Video kredit kepada FoodserviceExpress Channel

Tahap NDD Cecair:

Thin

cd5

  • Cecair nipis (thin liquids) termasuk air kosong, susu, makanan tambahan komersial, teh, kopi, soda, bir, wain, sup dan jus yang jernih.
  • Individu yang boleh memakan cecair ini tanpa ada masalah dengan sistem penghadaman juga dapat menerima makanan yang mengandungi cecair nipis, seperti tembikai, anggur atau oren.
  • Makanan seperti aiskrim, yogurt beku, atau agar-agar kosong yang akan cair di dalam mulut selepas mengunyah juga dianggap sebagai cecair nipis.

Nectar-like

cd6

  • Cecair yang mempunyai kepekatan sederhana termasuk madu, jus sayur-sayuran dan susu kocak (milkshake) yang dipekatkan dengan agen pemekat.
  • Cecair nipis dapat dipekatkan dengan agen pemekat komersial atau terus membeli cecair yang siap dipekatkan dalam bentuk tekstur nectar like.

Honey-like

cd7

  • Honey-like lebih pekat daripada nectar like dan menyerupai konsistensi madu pada suhu bilik.
  • Agen pemekat komersil boleh ditambah mengikut arahan pada bungkusan untuk menjadikan cecair honey like atau terus membeli cecair yang telah siap dipekatkan dalam bentuk tekstur honey like.

Spoon-like

cd8

  • Cecair seperti ini adalah terlalu pekat untuk disedut melalui penyedut minuman.
  • Agen pemekat komersial boleh ditambah pada mana-mana minuman untuk mendapatkan kepekatan tersebut atau terus membeli cecair yang telah siap dipekatkan menjadi spoon like.

Video:

Video kredit kepada FoodserviceExpress Channel

Translate »