Perwakilan Pengetahuan Faraid:
Satu Tinjauan Perluasan
KHAIRUDDIN BIN OMAR, SITI NORUL HUDA BINTI SHEIKH ABDULLAH
& ABDUL RAZAK BIN HAMDAN
ABSTRAK
Kertas ini dikemukakan untuk membincangkan penggunaan teknik Kecerdasan Buatan (KB) dalam menghuraikan faraid dengan memberikan penekanan kepada perwakilan pengetahuan faraid. Dua bentuk perwakilan pengetahuan telah dipilih iaitu perwakilan berasaskan sistem pengeluaran dan kerangka. Empat contoh pengaturcaraan mantik digunakan bagi menjelaskan kedua dua pendekatan ini iaitu PROLOG’86, FRAMELOG, ES/KERNEL/W dan FLEX/ WINPROLOG. FLEX WINPROLOG adalah pengaturcaraan mantik terkini. Pengaturcaraan ini lebih mesra pengguna dan banyak ciri-ciri baru telah
diperkenalkan. Selain itu, perbandingan prestasi cengkerang-cengkerang pakar tersebut juga digariskan sebagai tinjauan perluasan bagi sistem berasaskan pengetahuan faraid.
ABSTRACT
This paper will discuss on Artificial Intelligence techniques to be applied on faraid domain precisely on faraid knowledge representations. Two types of knowledge representations are chosen; production rules and frame representations. Four examples on logic programming such as PROLOG’86, FRAMELOG, ES/KERNEL/W, and FLEX/WINPROLOG will be explained clearly to define both approaches. FLEX WINPROLOG is the most recent logic programming that equipped with new features and user-friendly capability. Comparisons between expert system shells as mentioned above are highlighted for improving