Skema Klasifikasi Sumber Web


HAZILAH MOHD AMIN, JUHANA SALIM, ABDUL RAZAK HAMDAN,
AZIZ DERAMAN, JOHARI JAAFAR, SHARHIDA SAWANI SAAD,
YAZRINA YAHYA & SHAHIZAN MOHD OTHMAN


ABSTRAK


Artikel ini bertujuan untuk menyelidik struktur skema klasifikasi perpustakaan konvensional iaitu struktur enumeratif, hierarki dan facet yang menepati ciriciri skema klasifikasi web. Analisis kajian lepas dan kajian kes skema klasifikasi Yahoo! dan Staples dilakukan bagi tujuan ini. Kajian meneroka pendekatan struktur hirerarki yang digunakan oleh direktori web Yahoo! dan pendekatan struktur facet yang digunakan oleh Staples, sebuah organisasi peruncit dalam talian. Antara dapatan kajian adalah direktori web Yahoo! mengadaptasi sebahagian daripada prinsip klasifikasi perpustakaan konvensional. Struktur hierarki mudah yang digunakan oleh Yahoo! menjadi pilihan kebanyakan pengklasifikasi web kerana kebolehannya memerihalkan koleksi serta memudahkan pengguna memilih kategori dan ‘drill-down’
hierarki. Struktur facet pula digunakan oleh segelintir laman web e-komers seperti Staples kerana struktur ini adalah fleksibel, memerihalkan koleksi, membolehkan pencarian melalui kategori serta membolehkan pencarian secara multidimensi. Pengaplikasiannya di web walau bagaimanapun masih
pada tahap permulaan.


ABSTRACT


This article is aimed at identifying the structure of conventional library classification schemes i.e. the enumerative, hierarchy and faceted structures that can be used to classify web resources. Literature review and case study have been conducted on two organisations, Yahoo! and Staples. The case study explores the hierarchy structure approach used by Yahoo! web directory as well as the faceted structure approach used by Staples, an online retailer. The study revealed that Yahoo! has adopted some of the principles in the conventional library classification scheme. The simple hierarchy structure, as employed by Yahoo, has been utilised by most of the web classifiers due to its ability to classify collections, as well as due to its ability to ease users in selecting the category and drilling down the hierarchy. The faceted
structure meanwhile is used by a number of e-commerce websites such as Staples not only because the structure is flexible and able to classify collections, but also because it enables information to be retrieved using category as well as enables multidimensional retrieval. Its application in
classifying web resources however, is still at a preliminary stage.

References