Papan Putih Maya Interaktif (IVBoard):
Penilaian Terhadap Interaksi dan Kepuasan Pengguna


ZULIKHA JAMALUDIN, ALAWIYAH ABDUL WAHAB,
FAKHRUL ANUAR AZIZ & KHAIRUL NAJMY ABD RANI


ABSTRAK


Sebuah prototaip papan putih maya, Interactive Virtual white Board (IVBoard), dibina untuk tujuan perbincangan dan pembuatan keputusan dalam talian pada masa nyata. IVBoard adalah aplikasi Computer-supported Cooperative Work (CSCW) yang dibina untuk membolehkan sehingga 50 pihak berinteraksi secara dupleks penuh dengan keupayaan hantaran teks, grafik bitmap serta audio. Sebuah pelayan berbilang pengguna dan komponen antara muka berbilang pengguna diperlukan untuk membolehkan interaksi masa nyata dilakukan di antara semua pengguna IVBoard pada satu-satu masa. Prototaip ni telah digunakan oleh kakitangan akademik dan segolongan pelajar Universiti Utara Malaysia. Selepas setahun digunakan, timbul keperluan untuk menilai tahap keberkesanannya dari segi peningkatan interaksi semasa perbincangan dan kepuasan pengguna. Ini adalah kerana penilaian menjadi semakin perlu sama ada sebagai sebahagian daripada perbaikan reka bentuk prototaip atau sebagai mekanisme jaminan kualiti IVBoard. Penilaian dalam kertas kerja ini mengukur (1) tahap nteraksi pengguna yang menggunakan IVBoard, (2) membuat perbandingan tahap interaksi melalui IVBoard dengan tahap interaksi melalui perbincangan tradisional, dan (3) menilai kepuasan subjektif pengguna. Penilaian (1) dan (2) menggunakan kaedah uji kaji makmal dengan pemerhatian dan analisis rakaman video, manakala penilaian (3) menggunakan soal selidik dengan model penilaian antara muka pengguna
yang telah diiktiraf iaitu QUIS.


ABSTRACT


A virtual whiteboard prototype, called Interactive Virtual whiteboard (IVBoard) was developed for online discussion and decision-making purposes. The IVBoard is a Computer-supported Cooperative Work (CSCW) application, built to enable up to 50 users interacting at full duplex mode with the ability to
transmit texts, bitmap graphics as well as audio. A multi user server and a multi user interface component were used to enable real time interactions performed among all IVBoard users at a time. The prototype has been usedby the academic staffs and students (including the distance learning students)
of Universiti Utara Malaysia. After a year period of released, it is incumbent upon us to investigate whether or not the IVBoard is efficient in terms of interaction activities (during the online discussion) and user satisfaction. Thus far, a great deal of attention is given to evaluation, either as a part of the improvement process of the prototype design (formative evaluation) or as a quality assurance mechanism of the IVBoard. The evaluation described in this paper measures (1) user interaction level while using IVBoard, (2) comparison between IVBoard interaction level and traditional discussion, and (3) subjective user satisfaction. Evaluations for (1) and (2) were performed using laboratory experiment, observation, and video recording analysis whereas evaluation for (3) was carried out using questionnaires based on the established user interface evaluation model, QUIS. The results of the above mentioned evaluations are detailed out in this paper.


References