Konflik dan Kesamaran Peranan di Kalangan
Personel Teknologi Maklumat
di Sektor Awam di Malaysia


MAHSHITAH ABDUL MANAN, ZAWIYAH MOHAMMAD YUSOF,
IBRAHIM MOHAMED & KAMARUZZAMAN MATHARSHA

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujud konflik dan kesamaran peranan di kalangan personel teknologi maklumat (IT) di sektor awam di Malaysia. Kajian juga bertujuan untuk meninjau sama ada konflik dan kesamaran peranan yang dialami oleh personel IT dipengaruhi oleh faktorfaktor
demografi seperti jantina, umur, kumpulan pengurusan dan tempoh berada dalam perkhidmatan. Beban peranan dan kepuasan terhadap tugas juga dikaji untuk melihat hubungannya dengan konflik dan kesamaran peranan. Seramai 250 personel IT dari beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dipilih sebagai sampel kajian secara rawak. Kajian mendapati wujudnya konflik peranan dan beban peranan di kalangan personel IT di sektor awam. Bagaimanapun, tahap konflik peranan dan beban peranan yang dialami pada keseluruhannya adalah rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan dari aras konflik mengikut jantina dan umur, tetapi personel IT tidak mengalami kesamaran peranan, sebaliknya jelas terhadap bidang tugas, objektif tugas, tanggungjawab serta peranan masing-masing. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara beban peranan dengan konflik peranan, manakala kepuasan terhadap tugas tidak menunjukkan hubungan dengan konflik peranan.


ABSTRACT


The study analyses the existence of role conflicts and role ambiguities among information technology (IT) personnel in the government sectors in Malaysia. In addition, this study attempts to determine whether there are any differences between role conflicts and role ambiguities within demographic factors such
as gender, age, management group and job tenure. Role overload and task satisfaction are also examined to determine their correlation with role conflicts and role ambiguities. A total of 250 IT personnel from selected government departments and agencies within Kuala Lumpur and Putrajaya
area are sampled out using random sampling method. This study confirmedthe existence of role conflicts and role overload among IT personnel in the government sectors. However, the overall level of role conflicts and role overload is low. There is significant difference of role conflict between gender and age. However, IT personnel do not experience role ambiguities, but instead show high role clarity in the scope of work, work objectives, responsibilities and role undertakings. The findings also show that there is
some correlation between role overload and role conflicts but no significant correlation between task satisfaction and role conflicts.


References