Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik: Penulisan Karangan Berbentuk Deskriptif

JAMALUDIN HAJI BADUSAH & MOHAMED AMIN EMBI

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku elektronik terhadap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu berbentuk deskriptif di sekolah menengah. Melalui aktiviti penulisan karangan, pelajar di dalam kumpulan eksperimen diberi rawatan untuk mendokumentasikan maklumat yang diperolehi dengan bantuan buku elektronik. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap pelajar tingkatan empat (n = 120). Seramai 60 orang dijadikan kumpulan eksperimen dan 60 orang lagi sebagai kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini adalah terdiri
daripada karangan deskriptif yang diskorkan dengan Skema Pemarkahan Karangan (Bahasa Malaysia I) Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis multivariat untuk menguji min skor karangan dan skor nilai tambah menggunakan General Linear Model - ANOVA Repeated Measures serta analisis regrasi berganda (Multiple Regression Analysis). Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa kesan rawatan penggunaan buku elektronik telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan
karangan berbentuk deskriptif bahasa Melayu. Skor nilai tambah karangan perbincangan bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Faktor rawatan telah memberi sumbangan yang bermakna kepada pencapaian skor ujian pos
berbanding dengan pencapaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada peringkat PMR yang digunakan sebagai kovariat. Dari segi afektif, dapatan kajian menunjukkan minat, sikap, motivasi dan efikasi-kendiri pelajar adalah baik manakala tahap kebimbangan adalah sederhana terhadap penggunaan buku elektronik.

Kata kunci: Buku elektronik; penulisan karangan


ABSTRACT

This study is designed to examine the effectiveness of the usage of electronic books on descriptive Malay language essay writing in secondary schools. Through an essay writing activity, students in the experimental group was given a treatment to document information obtained with the help of electronic
books. This quasi-experimental study was undertaken on a group of Form Four students (n = 120). A total of 60 students were involved in the experimental group and 60 others were involved in the control group. The instrument used in the study is a descriptive essay graded using the Malaysian
Examination Syndicate Essay Marking Scheme for Bahasa Malaysia I. The study uses a multivariate analysis to find out the essay mean score and the value added score using the General Linear Model - ANOVA Repeated Measures as well as the Multiple Regression Analysis. The results of the study show that the effect of the treatment given using the electronic book has increased students’ achievement in the descriptive Malay language essay. The value added score of the essay of the experimental group was significantly higher (p < 0.05) than the control group. The treatment factor showed a meaningful contribution to the post-test achievement in comparison to the PMR Malay and English language achievements used as a covariate. From the affective point of view, the findings of the study also indicated that students’ interest, attitude, motivation dan self-efficacy are good; whereas,
the anxiety level towards the usage of electronic books is average.

Keywords: Electronic book; essay writting

References