Web Form Design Checklist Based on the
Three-Layer Model (TLM)

 

NORSHUHADA SHIRATUDDIN,  ZANARIAH IDRUS

 

ABSTRACT

The objectives of end users visiting web site are generally for information retrieval whereas for web application, users have specific goals, which are to complete tasks successfully. Nevertheless, some online job applications do not meet task-based orientation design and this resulted in users’ frustration. Therefore, for the purpose of reducing the frustration and providing guidelines, a form design checklist based on the Three-Layer Model (TLM) was developed. In addition, an investigation of the current state of web form design among developers in Malaysia was also conducted.  A four-step methodology was followed; understand the TLM concept, develop checklist based on guidelines, collect and identify existing Malaysian web forms, and finally, validate the checklist and compare the collected web forms with the three-layer model. In validating the checklist, 15 respondents performed three sets of tasks: pre-TLM, post-TLM and comparing of three pre-selected online forms. Findings indicated that participants designed better web forms after learning about the TLM and this suggests that the checklist provided guidance in designing better web form. Results also pointed out that the current state of web form designed by Malaysian seems to suggest that it does not meet task-based orientation design.

Keywords: Web Application, Web Form Design

 

ABSTRAK

 

Objektif pengguna melayari halaman web secara umumnya adalah untuk mencapai maklumat, manakala pengguna aplikasi web mempunyai tujuan tertentu iaitu menyempurnakan tugasan dengan jayanya. Walaupun begitu, sesetengah aplikasi permohonan pekerjaan atas talian tidak memenuhi ciri-ciri rekabentuk berorientasikan tugas lalu ini menyebabkan pengguna berasa kecewa. Justeru itu, untuk mengurangkan kekecewaan dan menyediakan garis panduan, senarai semak untuk merekabentuk borang web berasaskan Model Tiga-Lapisan (MTL) dibangunkan. Selain itu, kajian ke atas borang web sedia ada yang dihasilkan oleh pembangun-pembangun yang berada di Malaysia juga dilaksanakan. Empat langkah metodologi diikuti iaitu: memahami konsep MTL, membangunkan senarai semak berdasarkan garis panduan, mengumpul dan mengenalpasti borang web yang dicipta pembangun-pembangun di Malaysia, dan akhir sekali mengesahkan senarai semak dengan membandingkan borang yang dikumpul dengan model MTL. Untuk mngesahkan senarai semak tersebut, 15 responden diminta menjalankan tiga set tugasan: pra-MTL, ujian-selepas-MTL dan membandingkan dengan tiga borang yang telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan para peserta merekabentuk borang web yang lebih baik selepas mempelajari MTL, dan ini menyarankan bahawa senarai semak yang dibangunkan berjaya memberi garis panduan dalam merekabentuk borang web yang lebih baik. Hasil kajian juga menunjukkan borang web sedia ada yang direka oleh pembangun di Malaysia tidak memenuhi ciri-ciri rekabentuk berasaskan tugas.

Katakunci:  Aplikasi Web, Rekabentuk Borang Web

Referrences