Pengecaman Elemen Asas Pengaturcaraan Berorientasikan Objek Secara Pemprosesan Bahasa Tabii
NOMARIANI A. RAZIK & NAZLIA OMAR
ABSTRAK
Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar tahun satu di pusat pengajian tinggi menghadapi masalah ketika memulakan penulisan aturcara terutamanya setelah mendapat soalan pengaturcaraan berorientasikan objek. Oleh itu, sebuah prototaip iaitu OOP Tool yang menggunakan set peraturan heuristik telah dibangunkan untuk menentukan elemen asas pengaturcaraan berorientasikan objek berasaskan dokumen yang menggunakan teknik Pemprosesan Bahasa Tabii. Penentuan elemen asas pengaturcaraan berorientasikan objek ini menggunakan set peraturan heuristik untuk penentuan ketepatan di mana satu set peraturan heuristik telah dibangunkan dengan menggunakan metodologi yang berasaskan satu set data latihan. Hasil daripada kajian ini, satu set peraturan heuristik dan satu prototaip yang dinamakan OOP Tool telah dibangunkan untuk menentukan elemen asas pengaturcaraan berorientasikan objek seperti kelas, pembolehubah/atribut dan fungsi/metod. Penilaian bagi OOP Tool telah dibuat menggunakan satu set data ujian di mana keputusan yang diperolehi adalah 90.5% bagi dapatan semula, 76.3% bagi kejituan, 37.7% bagi lebihan-jana (over-generated) dan 9.5% bagi kurangan-jana (under-generated). OOP Tool sangat berguna kepada pelajar tahun satu di pusat pengajian tinggi dalam mempelajari pengaturcaraan berorientasikan objek.
Kata kunci : Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pemprosesan Bahasa Tabii, Heuristik.
ABSTRACT
Most of the students especially first year students in universities or colleges face problems in writing programs when given object oriented programming problems. Thus a prototype called OOP Tool which utilizes heuristics was developed to determine the basic elements of object oriented programming based on documented programming problems using natural language processing techniques. The determination of the elements was based on a set of heuristics to determine the accuracy of the results. The heuristics were developed using a methodology based on a training set. From this research, a set of heuristic was developed which is capable of determining the basic elements of object oriented programing such as classes, variables/attributes and functions/methods . These heuristics were realized in terms of implementation in a prototype called OOP Tool. To further support the contribution, an evaluation of OOP Tool is carried out. The results from the test set showed that the prototype achieved 90.5% recall and 76.3% precision, 37.7% over-generated and 9.5% under-generated. This OOP Tool can serve as a useful tool for first year’s students in university or college in learning object-oriented programming.
Keywords : Object Oriented Programming, Natural Language Processing, Heuristic