Dari Ruang Istana ke Ruang Digital: Pembangunan Perpustakaan Digital Warisan Kesenian Muzik Ghazal
ZURAIDAH ABDULLAH & QURRATU’AINI ADIBAH AHMAD FAZIL
ABSTRAK
Muzik Ghazal Melayu merupakan satu daripada warisan seni budaya negeri Johor. Muzik Ghazal yang berasal dari Semenanjung Arab dan dipengaruhi oleh budaya India mencerminkan keperibadian masyarakat di mana muzik ini berasal. Irama dan alunan muzik yang mendayu-dayu dan melankolik ditambah dengan kekayaan pantun yang diadaptasi menjadi lirik lagu, membuat muzik ghazal menjadi muzik yang mewakili sepenuhnya jiwa, keperibadian dan sikap hidup masyarakat Melayu. Muzik Ghazal Melayu dipilih sebagai skop kajian kerana generasi muda khususnya dan masyarakat hari ini amnya kurang didedahkan kepada keunikan serta keindahan irama dan warisan muzik Melayu ini. Pembangunan Perpustakaan Digital Kesenian Muzik Ghazal Melayu merupakan satu usaha untuk mendokumentasi, mendigital, memelihara dan memulihara warisan seni muzik Melayu ghazal agar tidak hilang ditelan arus zaman. Matlamat utama projek ini adalah untuk menyediakan satu sumber rujukan alternatif kepada pengguna dalam mengenali seni muzik Melayu ghazal. Secara khususnya, objektif pembangunan perpustakaan digital ini adalah untuk menghasilkan sebuah sistem capaian maklumat berasaskan web berkaitan seni muzik Ghazal Melayu. Selain itu, ianya bertujuan untuk membangunkan sebuah repositori yang berupaya mengstruktur dan mengorganisasi maklumat dari pelbagai sumber berkaitan seni muzik Ghazal. Pembangunan perpustakaan digital ini juga bertujuan untuk memperbanyak dan memperkaya sumber maklumat mengenai kesenian dan warisan Melayu negara ini khususnya, kesenian muzik Ghazal Melayu. Perpustakaan Digital Muzik Ghazal Melalyu menggunakan Bahasa Melayu sebagai satu usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Katakunci: Perpustakaan Digital Muzik Ghazal Melayu, Perpustakaan digital.
ABSTRACT
Malay Ghazal music is one of the cultural heritage of the state of Johor. Ghazal music which originated from the Arabian Peninsula and influenced by the Indian culture reflects the cultural characteristics of the society where this music originated. The melancholic rhythm of the Ghazal music with the rich Malay Pantun adopted in the lyrics fully represents the soul, personality and the lifestyle of the Malay society. Malay Ghazal music was chosen as the scope of the study because the younger generation in particular and society today are generally less exposed to the uniqueness and beauty of the rhythm of the music and the Malay musical heritage. The development of the Ghazal digital library is an effort to document, digitize, preserve and conserve the heritage of Malay Ghazal music. The main goal of this project is to develop a web-based digital library on Malay Ghazal music. In particular, the objective of the digital library development is to produce a web-based information system on Malay Ghazal music. In addition, it aims to develop a repository that is capable of structuring and organizing information from various sources on Malay Ghazal music. The Malay Ghazal music digital library also aims to leverage and enrich information resources on the Malay culture and heritage especially the Malay Ghazal music. The Malay Ghazal music digital library uses Malay language as an effort to elevate Malay language as the language of knowledge.
Keywords: Malay Ghazal Music Digital Library, Digital Library.