Polisi Maklumat: Model, Isu dan Pengkelasan



ZAWIYAH M. YUSOF, MOKMIN BASRI & NOR AZAN MAT ZIN


ABSTRAK


Terdapat beberapa isu yang dikenal pasti mendasari asas pembangunan polisi maklumat. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis isu tersebut sekali gus mengelompok ke dalam enam kategori yang dikenali sebagai maklumat teknikal dan saintifik, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi, sosial, maklumat kerajaan dan ekonomi. Isu ini perlu di kelas bagi memudah analisis polisi maklumat sesebuah negara. Pengkelasan isu yang mendasari polisi maklumat adalah penting kerana bidang ini belum mencapai kematangan akademik. Tambahan pula, pengkelasan dapat membantu menentu fokus polisi maklumat. Analisis kandungan dokumen dalam bentuk sorotan susastera dalam bidang polisi maklumat merupakan teknik yang diguna bagi mengumpul data kualitatif untuk menganalisis isu yang mendasari pembangunan polisi maklumat. Penemuan mendapati pengelompokan polisi maklumat hanya berubah secara minimum sejak penyelidikan yang terawal. Perubahan tersebut terbatas kepada kepelbagaian isu yang dipadan dengan setiap kelompok. Beberapa model polisi maklumat dianalisis bagi mengenal pasti isu yang dirangkumi sebagai asas dalam pembangunan polisi maklumat.

Kata kunci: Polisi maklumat, model polisi maklumat, pengkelasan, pengurusan sumber maklumat, masyarakat bermaklumat, sains maklumat.



ABSTRACT



There are several issues identified to underlie the basis for the development of information policy. It is the aim of this paper to analyse these issues, thence grouped them into six categories known as technical and scientific information, library, information and communication technology, social, government information, and economy. These issues require grouping in order to ease the analysis of information policy of any country. Classification of issues underlying information policy is crucial as it is an area yet to gain academic maturity. Furthermore, classification could help determine the focus of information policy. Document content analyses which takes the form of literature review in the area of information policy is the technique adopted to gather qualitative data for analysing the issues embracing the development of information policy. Finding indicates that there is only minimal change in the information policy grouping since the first research. The change is limited to the variety of issues that fits the group. A number of information policy models were analysed to identify the issues central to the development of information policy.

Keywords: Information policy, information policy model, classification, information resource management, information society, information science.

References