Konvensyen Kampus Lestari 2019

 Just another WordPress site

Pengenalan

Generasi muda merupakan golongan yang akan menentukan kelestarian alam sekitar. Hampir semua golongan pemimpin masyarakat  lahir dari institusi pengajian tinggi yang bakal membawa amanah memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Pembangunan keupayaan di kalangan pelajar IPT dalam aspek melestarikan alam sekitar merupakan perkara penting yang harus dilaksanakan. Pendedahan konsep dan praktikal dalam melestarikan alam sekitar seharusnya bermula di IPT sama ada secara langsung melalui pelbagai program kemahasiswaan mahupun dimasukkan ke dalam silibus kurikulum pengajian di universiti.

Konvensyen Kampus Lestari 2019 ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan pemahaman dan amalan kelestarian alam sekitar khususnya persekitaran kampus yang perlu dijaga dan dipelihara bersama. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti pemuliharaan alam sekitar perlu dilakukan secara berterusan. Kejayaan penganjuran Konvensyen Kampus Lestari pada 2012, 2015 dan 2019 telah mendorong kepada penganjuran konvensyen ini pada tahun 2019. Penganjuran KKL2019 diharapkan mampu memberi lebih banyak manfaat kepada pelbagai pihak khususnya institusi pendidikan dalam memastikan kelestarian alam sekitar terjaga dengan baik. Konvensyen ini melibatkan sesi pengkongsian amalan dan pengetahuan kelestarian antara universiti, agensi dan pihak berkepentingan yang melibatkan ahli akademik dan golongan professional, serta pelajar dan masyarakat pada umumnya.

OBJEKTIF

Objektif Konvensyen Kampus Lestari 2019 adalah:

  • Mengumpulkan idea dan inisiatif kampus lestari sebagai pemacu kepada perlaksanaan pemuliharaan alam sekitar melalui pengisian persidangan ini.
  • Memupuk dan mengukuhkan kesedaran memeliharan dan memulihara alam sekitar secara lestari.
  • Mengalakkan interaksi di antara ahli akademik, pelajar IPT, pelajar sekolah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Agensi Kerajaan dan Swasta serta Badan bukan Kerajaan.