UKM Bangi:  Mesyuarat MAPUM Bil2/2018 (kali ke 71) telah diadakan pada 22-23 July 2018 di Hotel Tenera Bangi dan Bilik Senate UKM . Mesyuarat MAPUM Bil 1/2018 sebelum ini telah berlangsung di USIM pada  22 Februari 2018.   Seramai 42 ahli MAPUM seluruh UA telah hadir dan mengadakan mesyuarat rasmi di UKM pada 8.30 pagi, 23 Julai 2018. Sebelum itu, pra mesyuarat dijalankan di Hotel Tenera pada 22 Julai 2018 iaitu di tempat penginapan semua delegasi UA. Mesyuarat pada 23 Julai itu turut melibatkan lawatan delegasi MAPUM ke kolej-kolej kediaman UKM. Dua kolej yang ditetapkan untuk lawatan oleh wakil UKM adalah Kolej Premier Ibu Zain dan Kolej Bitara Pendeta Za’aba. UKM mempunyai 12 buah kolej kediaman dan 10 daripada nya berada di kampus Induk Bangi.

Laporan oleh: Nik Hairi Omar, Pengetua KUO (merangkap wakil MAPUM UKM)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *