Diet Seimbang
oleh Farhana Kamaruddin
Rakyat Malaysia sememangnya sinonim dengan perkataan diet seimbang. Tetapi masih ramai yang melakukannya dengan cara yang salah akibat daripada kekurangan maklumat atau pengetahuan daris umber yang tepat.
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (rujuk piramid makanan), kita perlu mengambil 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung ataupun ubi. Setengah daripada bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh. Sebagai contoh ialah nasi, beras, coklat, atau roti iaitu dari gandum penuh. Nasihat KKM, apabila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat iaitu 50% beras putih dan 50% beras coklat. Kalau anda tidak mahu seperti yang dicadangkan, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti atau makanan yang diperbuat daripada gandum penuh.
Kita juga perlu mengambil sekuang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran ataupun 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. Selain itu, kita dinasihatkan supaya mengambil ikan dan hasil tenusu 1 hingga 3 hidangan sehari. Di sini, ada disertakan satu jadual pemakanan seimbang yang patut diamalkan.

**makan malam haruslah diambil sebelum pukul 7 kerana selepas waktu itu, sistem pencernaan menjadi kurang aktif dan mengakibatkan makanan tersebut tidak dapat diproses dengan betul.