Fixie
oleh Farhana Kamaruddin
Apa itu basikal fixie?Dalam bahasa inggeris, basikal fixie dikenali sebagai fixie bike (fixed-wheel bicycle) yang bermaksud basikal tiada roda bebas (non-freewheel). Seseorang penunggang perlu senantiasa mengayuh ketika berbasikal. Pengayuh basikal fixie ini sentiasa bergerak ketika ditunggang dan ia tidak sama seperti basikal biasa di mana penunggang boleh merehatkan kaki dari mengayuh. Pada masa kini, kita dapat lihat basikal fixie ini menjadi satu trend yang sedang meningkat naik. Ramai remaja mula meminati dan memiliki basikal fixie dan ia mula menjadi satu gadget yang perlu ada pada mereka. Jadi mari kita lihat sepuluh fakta menarik mengenai basikal fixie.
- Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, dan ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
- Basikal fixie tidak mempunyai brek, akan tetapi disesetengah negara telah menguatkuasakan undang-undang di mana penggunaan basikal tanpa brek adalah dilarang.
- Untuk memberhentikan basikal fixie, penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat dan banyak untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
- Sesetengah penunggang fixie berpendapat bahawa basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
- Basikal fixie tidak mempunyai gear.
- Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke atas dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit, bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
- Penunggang fixie mempunyai komuniti tersendiri di mana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie secara beramai-ramai.
- Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
- Basikal fixie boleh didapati dalam banyak warna. Kesemua anggota badan basikal seperti tempat duduk, tayar basikal, pemegang serta rangka basikal boleh ditukar mengikut warna yang digemari. Di mana, setiap satu anggota badan basikal boleh berlainan warna.
- Sesetengah penunggang berpendapat, dengan menunggang fixie ia dapat memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.
Sumber : http://blacksahabat.blogspot.com/2011/10/basikal-fixie-fixie-bike-fenomena-baru.html