Kemudahan Dan Perkhidmatan Kesihatan Yang Komprehensif Dan Kos Efektif
Oleh Siti Khatijah Rashid
Pusat Kesihatan UKM yang terletak berhadapan dengan Kolej Burhanudin Helmi, UKM Bangi
UKM : Pusat Kesihatan UKM yang terletak di Lingkungan Ilmu antara Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakob menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kesihatan bagi setiap kaki tangan dan pelajar UKM. Pusat kesihatan turut menyediakan perkhidmatan kesihatan berbayar untuk orang awam yang dikenali sebagai klinik warga. Pusat Kesihatan beroperasi pada pukul 7.30 pagi hingga 5.15 petang setiap hari Isnin hingga hari Jumaat.
Menurut Nadiah Mat Tahir selaku Pegawai Khidmat Pelanggan berkata bahawa ujian kesihatan seperti ujian kehamilan, ‘ultrasound’, pemeriksaan asas X-Ray, pemeriksaan jenis darah dan pemeriksaan batu karang juga disediakan bagi seluruh warga kampus. Vaksinasi untuk penyakit Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis A & B, Chicken Pox dan Kanser Servik juga turut ditawarkan dengan bayaran yang berpatutan. Bayaran yang dikenakan untuk setiap suntikan vaksin HPV bagi mencegahkan serservik adalah sebanyak RM150 bagi setiap suntikan berbanding harga di luar iaitu RM300 bagi setiap suntikan.
Katanya lagi, rawatan kecemasan selepas waktu pejabat (On Call) juga disediakan sekiranya berlaku kecemasan. Prosedur bagi membuat “on call” adalah melalui bantuan Felo Kolej untuk menghubungi pegawai yang bertugas atas panggilan atau pun menghubungi sendiri pegawai perubatan yang bertugas iaitu di talian 012-6485541 (PegawaiPerubatan) atau012-6485542 (Paramedik). Pemanggil perlu menjelaskan nama pesakit, masalah yang dihadapi, tahap keterukan dan lokasi di mana pesakit berada.
Nadiah berkata, Pusat Kesihatan akan mengadakan kempen berkaitan penyakit yang berbeza-beza pada setiap bulan. Pada bulan Mac lepas, kempen tentang penyakit kulit telah diadakan. Informasi tentang kempen ini boleh dilihat melalui aplikasi e-warga atau pun e-pelajar. Pusat Kesihatan akan berkunjung ke setiap kolej bagi setiap pendaftaran baru pelajar UKM. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru tentang rawatan perubatan yang disediakan.
Unit pergigian juga ada menganjurkan kempen kesihatan pergigian. “Tahun ini kami akan mengadakan kempen pergigian oral untuk pelajar sahaja. Kempen ini diadakan hanya setahun sekali dan kempen ini dijangka akan dijalankan pada bulan September ataupun Oktober. Goodies bag disediakan untuk para pelajar.” katanya