Kita tidak terlepas daripada melalui pelbagai tekanan di tempat kerja. Tugasan-tugasan yang banyak menuntut seluruh tenaga fizikal dan mental kita untuk bekerja dan menumpukan perhatian bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh majikan atau rakanrakan sekerja. Disebabkan tekanan inilah ramai pekerja mengalami gangguan mental seperti tekanan emosi dan kemurungan. Kesannya terhadap pekerjaan yang dilakukan adalah negatif yang mana produktiviti pekerja akan merosot dan mengganggu objektif penting dalam organisasi tersebut.
Salah satu langkah penyelesaian untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja adalah melalui pengalaman flow di tempat kerja. Flow merupakan satu keadaan pengalaman yang optimum yang timbul daripada penglibatan yang tinggi dalam suatu aktiviti yang menyeronokkan, seperti bermain sukan, mencipta dan mendengar muzik atau menulis naskah penulisan yang kreatif. Csikszentmihalyi (1990) mendefinisikan flow sebagai satu tahap kesedaran minda yang mana individu memberikan sepenuh tumpuan terhadap aktiviti yang dilakukan, berasa senang melakukan aktiviti tersebut, dapat mengawal keadaan, mempunyai matlamat yang jelas dan memiliki motivasi intrinsik yang tinggi
Menurut Bakker (2008), pengalaman flow dalam pekerjaan dapat dinilai melalui ciri-ciri antaranya
Banyak kajian telah dilakukan dan membuktikan bahawa flow di tempat kerja dapat memberi kesan yang positif ke atas individu. Seperti hasil yang didapati dalam kajian oleh Zito, Cortese dan Colombo (2019) membuktikan bahawa dengan adanya sokongan (contohnya, penyelia atau rakan sekerja) di tempat kerja dan flow akan menghasilkan kerja yang berprestasi tinggi. Hasil kajian juga mendapati flow di tempat kerja turut menyumbang kepada peningkatan individu dalam pekerjaannya.
Dalam sesuatu pekerjaan, jelas sekali flow dapat membantu pekerja menjadi lebih produktif dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan mereka. Namun, terdapat beberapa situasi yang mengganggu tumpuan pekerja dan seterusnya menghalang pekerja daripada mencapai flow di tempat kerja. Antara situasi-situasi yang mengganggu flow adalah seperti;
Kurang komunikasi
Tiada tugas baru yang lebih mencabar
Kurangnya perasaan kewargaan
Mencipta organisasi yang leper dan horizontal