TIPS FLOW DI TEMPAT KERJA

  • Jadikan kawasan tempat kerja tempat yang terbuka dan fleksibel untuk individu dan juga berkumpulan
  • Wujudkan budaya menghormati flow
  • Mempunyai perkongsian visi dan misi sesama pekerja
  • Cari peluang untuk belajar dalam organisasi dan berkongsi pengetahuan
  • Pastikan tugas atau pekerjaan itu dapat mencabar kebolehan diri
  • Ambil risiko dan berani untuk gagal
  • Tanamkan sifat kebertanggungjawaban
  • Bermesyuarat supaya matlamat dapat dicapai

KESEIMBANGAN KERJA-KEHIDUPAN DAN KAITANNNYA DENGAN FLOW

  • Cari tempat kerja/organisasi yang ada hubungan timbal balik dan sesuai dengan anda,
  • Bangun pagi dengan tenang. Pastikan bersarapan. Lupakan perkara negatif yang berlaku semalam. Tanamkan azam bahawa hari ini adalah lebih baik daripada semalam.
  • Pentingkan diri sendiri bersesuaian dengan tempatnya. Contohnya, beri masa kepada diri anda untuk bertenang.
  • Terima dan redha. Setelah berusaha sekiranya anda tidak menerima hasil yang anda harapkan, tenangkan hati anda.
  • Sekiranya anda rasa anda perlukan waktu anda sendiri tanpa perlu berinteraksi dan bersosial, lakukan perkara tersebut.

AKTIVITI BERKAITAN FLOW

Bermain sukan seperti tenis, ping pong atau badminton

Berkebun dan bercucuk tanam di laman

Menulis jurnal dan meluahkan perasaan anda di dalam jurnal tersebut

Jogging

Hiking dan memanjat bukit

Berenang