Selamat Datang ke Projek MyMind!

Program MyMind merupakan program intervensi yang direkabentuk bagi membantu individu mencapai kesejahteraan hidup. Ia dibina berasaskan kepada keperluan meningkatkan tahap kesedaran yang paling optimum dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya tanpa penghakiman, membantu individu memahami erti "flow" semasa bekerja dan mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta meningkatkan amalan kerohanian.

Program MyMind mengandungi tiga fasa. Fasa 1 melibatkan saringan kesihatan fizikal melalui ujian darah yang dijalankan oleh Program Kesihatan. Peserta yang kriteria Program MyMind akan dijemput untuk menyertai program ini

Fasa 2 merupakan keterlibatan peserta dan komitmen menjayakan Program MyMind. Peserta yang terpilih akan mengikut bengkel, melengkapkan satu set soal selidik dan melaksanakan aktiviti secara dalam talian setiap hari. Peserta akan menerima pemberitahuan melalui email setiap hari selama 12 minggu. Pada minggu ke-12, peserta akan diminta untuk melengkapkan satu set soal selidik yang mengandungi soalan berkenaan minda ketarasedar, flow dan kerohanian. Peserta juga dipelawa untuk menjalani terapi tingkah laku. Peserta juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau rundingcara daripada penyelidik.

Fasa 3 pula merupakan susulan selepas sembilan bulan peserta mengikut Program MyMind. Sekali lagi peserta akan dijemput untuk menyertai Bengkel Minda Ketarasedar Berteraskan Terapi Kognitif-Tingkah Laku bagi membantu individu lebih memahami dan mengurus pemikiran dan emosi bagi menangani tekanan dan kelesuan emosi.

Program MyMind mematuhi standard protokol program intervensi. Bagaimanapun, Program MyMind diubahsuai mengikut kesesuaian dan amalan kepercayaan serta budaya masyarakat tempatan. Justeru itu, Program MyMind memastikan setiap peserta menghormati dan saling menyokong antara satu sama lain. Semoga peserta yang menyertai Program MyMind dapat memperoleh banyak manfaat dan mencapai kecemerlangan hidup