Kesihatan mental merupakan salah satu perkara yang sangat penting dan mula diberikan perhatian dalam abad ini. Kesihatan mental difahami sebagai ketidakhadiran penyakit mental dan kehadiran kesejahteraan psikologi dalam diri seseorang individu.
Menurut Ryff (1995); Ryan and Deci (2001), kesejahteraan psikologi yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah satu perkara yang kompleks dan terdiri daripada tiga perkara yang utama. Kesejahteraan psikologi adalah:
Elemen kesejateraan psikologi termasuk keseimbangan emosi, pemikiran, perhubungan sosial dan tugasan (Community Translational Science Team , 2016; Feller et al., 2018 dan NIH Report, 2018]. Menyebabkan keperluan yang aktif untuk mempunyai kawalan diri seperti kawalan emosi. Kawalan emosi diertikan sebagai keupayaan untuk mempengaruhi emosi yang kita miliki, bila kita memiliki emosi tersebut dan bagaimana kita melalui dan meluahkan pengalaman hasil dari emosi tersebut.
Semakin banyak kajian membuktikan terdapat perkaitan yang positif di antara kesejahteraan psikologi yang baik dan kesihatan keseluruhan fizikal yang baik (DeSteno et al., 2013; Cohen et al., 2016). Serta dapat memulihkan penyakit. Sebagai contoh, seseorang individu dapat meningkatkan emosi positif dan mengurangkan emosi negatif yang dapat mempengaruhi perubahan fisiologikal/biologikal yang membawa kepada kefungsian tubuh yang lebih sihat (Diener and Chan, 2011; Feller et al., 2018).
Banyak kajian telah mendapati bahawa kesejahteraan psikologi ditingkatkan dengan latihan minda ketarasedar (mindfulness) . Ia dijalankan dengan meningkatkan latihan dalam memberikan penumpuan dan kawalan diri dengan sikap untuk menerima dan keadaan seadanya serta keterbukaan minda.