Dalam usaha mengharungi kehidupan duniawi, kita harus berasa senang menerima hukum dan peraturan Ilahi. Perkara yang termasuk dalam ruang lingkup yang diterima dengan perasan senang hati (redha) itu ialah ketentuan-ketentuan (qadar) yang sudah ditetapkan Allah untuk setiap orang atau sesuatu bangsa. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah sama ada berupa peraturan (hukum) ataupun qada' (sesuatu ketentuan daripada Allah). Redha terhadap Allah terbahagi kepada dua:
Menurut huraian ahli-ahli tafsir, ada tiga keistimewaan yang akan dihayati oleh orang yang bersikap redha iaitu yang pertama akan selalu mendapat petunjuk (hidayah) Allah. Kedua ialah akan memperoleh keselamatan dan kebahagiaan hidup dan ketiga adalah senantiasa disenangi Allah.
Sifat sabar merupakan sifat Islam atau sifat Al-Quran yang asasi dan terpenting. Sifat ini telah dijadikan salah satu dari empat dasar dalam perlembagaan hidup umat Islam sepertimana yang telah ditegaskan dalam surah Al-Asr: iaitu beriman, beramal soleh, ingat mengingati tentang kebenaran dan tentang kesabaran.
Sifat sabar merupakan salah satu sifat yang berada pada tempat yang tertinggi dalam Islam. Ia adalah salah satu sifat mukmin yang amat penting dan dapat meninggikan taraf para salihin. Sifat ini juga merupakan satu tali ikatan Islam yang kukuh sehingga menjadi anak kunci kepada kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat.
Bersyukur dalam bahasa mudah adalah terima kasih atau pujian yang diberikan kepada orang-orang yang telah memberikan pertolongan dan kebaikan kepada kita.
Syukur adalah menunjukkan adanya nikmat Allah pada dirinya. Dengan melalui lisan, iaitu berupa pujian dan mengucapkan kesedaran diri bahawa dia telah diberikan nikmat. Dengan melalui hati, berupa persaksian dan kecintaan kepada Allah. Melalui anggota badan, berupa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah" (Madarijus Salikin, 2/244) (dalam Rujukan)
Syukur adalah salah satu sifat Allah dan juga merupakan sifat para anbiya'. Syukur juga merupakan satu ibadah, Allah Ta'ala dalam banyak ayat di dalam Al-Qur'an memerintahkan manusia untuk bersyukur kepada-Nya. Maka syukur adalah ibadah dan bentuk ketaatan atas perintah Allah
Rasa mencukupi atau qanaah merupakan sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia merupakan keadaan di mana seseorang itu sentiasa berasa cukup dengan apa yang dimiliki terutamanya dalam konteks harta. Namun begitu, konsep ini perlu difahami dengan betul kerana Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada berusaha dan memiliki kekayaan namun perlu mengikut lunas dan syarat yang betul.
Islam merupakan agama yang bersifat dengan sederhana iaitu tidak memberatkan dan juga tidak terlalu memudahkan kepada penganutnya. Ini juga merupakan keindahan Islam berbanding agama-agama lain yang sebahagiannya bersifat terlalu keras di dalam sesuatu perkara